Memaparkan catatan dengan label PERJUANGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERJUANGAN. Papar semua catatan

Rabu, Januari 26, 2011

Pilih yang Terbaik!


‘Looking at your appearance, I am sure that you join usrah. Betul tak?’ Aku terdiam, entah kali ke berapa ada sahaja yang cuba mengecop aku ‘sesiapa, apa2 dan mana2.’ Sekali lagi beliau mengulang soalannya apabila kelihatan aku diam cuma dalam pernyataan ayat berbeza. Diam tanda setuju, diam tanda ‘ya’, maka dilanjutkan soalan, ‘Awak join apa? Isma?’ Aku diam, mengangguk atau menggeleng? Aku menggeleng sebagai menghormati soalan daripada seorang lecturer. ‘Bukan? jadi, JIM?’ Geleng lagi. Jangan sampai satu tekaan yang terpaksa aku anggukkan kepala. Aku menjadi serba salah. Aku tahu, lecturer di hadapanku bukan orang sebarangan. Setahuku beliau juga merupakan ‘seseorang, apa2 dan mana2’. Keyakinan ku adalah kerana aku mengenali dan pernah bekerjasama dengan anaknya.

‘PAS?’ Soalnya lagi. Perlukah sampai menyebut satu2 gerakan dan jemaah? Is it not enough by just answering- ya saya join usrah, dan fullstop!? Aku menjadi semakin serba salah. Nasib baik di sekelilingku tiada siapa2. Hari sudah lewat petang, dan mungkin aku yang terakhir membentangkan ideaku pada hari tersebut. Aku hanya memandang taburan ‘butter paper’ di hadapanku. ‘Scary!’ Aku nampak lakaranku menjadi sangat berserabut, bersimpang siur sehingga aku hilang kata2 untuk membentangkan ideaku. Ah, soalan yang membunuh idea dan kata2! Kemudian, beliau memintas, ‘Ok, now present your idea!’ Alhamdulillah~

***

Selepas consultation, fikiran sedikit tidak tenang. Terfikir2, mengapa semuapun sentiasa melabelkan aku dengan macam2 label. Setahuku, tiada sebarang cop ataupun tanda ‘saya budak…(isi dengan apa2 sahaja label)’ Adakah kerana appearance? Atau adakah kerana ke’slow’anku dalam mencari idea, dan kegagapanku dalam menegaskan konsep? Just wonder, kalaupun aku Pas, kalau aku Isma, Kalau aku JIM, kalau aku tabligh sekalipun. Jadi, apa?! (tak sampai hati guna 'so what?!' di sini ;p). rasanya mungkin satu alternatif untuk lari daripada pertanyaan begini adalah dengan memakai papan tanda, ‘saya budak usrah, jadi, apa?!’ adakah salah jika aku ingin mencari sesuap dua nasi rohani? Adakah salah andai aku ingin mencari sahabat yang boleh memberi pesan dan peringatan? (mode: macam sedih.)

Yang pasti, aku sentiasa mengagumi pemikiran setiap jemaah Islam yang wujud di Malaysia. Andai Pas dikatakan cenderung kepada siasah, aku mengagumi ke’siasah’annya, jika JIM dan Isma bersistemkan tarbiyah yang berterusan, jadi, aku mengagumi sistem pentarbiyahannya, jika tabligh golongan yang tidak berenggang daripada masjid, maka aku terpaut pada ‘kaki’nya yang tidak berenggang dengan masjid, Kalau gerakan mahasiswa lantang bersuara menegakkan kebenaran, maka aku kagumi kelantangan tersebut. Dan, hanya setelah dibelek, ditilik, direnung, difikir, dibaca, dicari, barulah aku membuat keputusan atas sesuatu gerakan yang mendekati ciri kesyumulan Islam.

Apakah jemaah yang mendekati ciri kesyumulan Islam? Semua juga tahu islam itu bersifat syumul. Sifat syumul adalah merangkumi segala aspek dalam kehidupan tidak terkecuali hal kekeluargaan, ekonomi, politik dan sebagainya.

***

Imam An-Nawawi menyatakan, apabila berlaku dua baiah, maka khalifah yang wajib diberi wala’ adalah khalifah yang di baiah terlebih dahulu. Adapun khalifah dibaiah terkemudian, maka hendaklah dilaksanakan hukuman bunuh kepadanya. Ulasan imam An-Nawawi ini menyamai ulasan yang dikemukakan oleh Imam Al-Qurtubi didalam kitabnya “Jami’ Li Ahkam Al-Quran”

Perbahasan ini dilihat ketika kewujudan khalifah. Adapun dunia Islam kini berada dalam kerangka pemerintahan yang tidak mempunyai khalifah, maka dengan demikian, perbahasan ini perlu kepada “pengecilan skop” untuk di realisasikan kepada realiti jemaah-jemaah islam yang wujud di sesebuah Negara.

Maka dengan itu, maksud disebalik “bunuh khalifah yang terkemudian” adalah dengan membunuh “pemberian wala’” kepada jemaah yang wujud terkemudian, dan wajib memberi wala’ kepada jemaah yang terdahulu.

Petikan:http://samuraisyahid.wordpress.com/2007/06/14/kajian-berkenaan-pas/

***

Pertama, dalam tulisan kali ini, aku tidak mahu menghurai panjang memandangkan aku bukanlah arif dalam bidang ini. Dan, aku bukan sengaja mengutarakan isu ini, melainkan sekadar ingin meluahkan apa yang aku hadapi di kuliyyahku sendiri. Hakikatnya- persepsi seseorang terhadap seseorang akan dinilai melalui pemakaian dan pemikiran. Dengan maksud, appearance kita akan membawa ‘1st impression’ seseorang terhadap kita. Oleh itu, sangat penting bagi kita untuk punya ketegasan dalam diri dan mencipta karisma diri yang akan mewujudkan ‘good impression’ seseorang terhadap kita, terhadap pemikiran, gaya dan idea kita. insyaAllah. =)

Keduanya, aku sekadar ingin membawa kalian kepada realiti dan kebenaran. Sebelum menjadi ‘sesiapa, apa2 dan mana2’, tersangatlah penting bagi kita untuk terlebih dahulu mengetahui apakah itu ‘apa2 dan mana2’. Kemudian, barulah membuat keputusan yang terbaik atas penilaian yang dibuat. Setiap jemaah Islam juga bermatlamatkan khilafah Islamiah yang mana kadang2 sangat membawa kita pada analogi ‘road not taken’ dalam membuat keputusan. Look same, but different! Adakah jemaah ini yang betul atau adakah jemaah ini yang salah? Yang pasti tidak boleh dinafikan setiap jemaah itu punya kelebihan dan kekurangan, tapi, se’wajib’nya pilihan kita lebih cenderung kepada yang menghampiri kesyumulan islam. insyaAllah. =)

***

Pilihlah yang terbaik! Kamu tidak salah memilih sekiranya pilihanmu untuk menegakkan Islam, dan aku tidak salah kerana aku juga punya cita yang sama insyaAllah, tapi, yang terbaik itu adalah yang terdekat dengan konsep, ‘comprehensiveness of Islam.’ Sekiranya sudah temui yang terbaik, melengkapkan antara satu sama lain, jangan lari dan futur andai melihat kekurangan tetapi tampallah keusangan dan kekurangan itu dengan kelebihan yang kita miliki. insyaAllah. =)

Sekadar itu perkongsian daripadaku yang dhaif. Maafkan sekiranya ada mengasari hati mana2 pihak. Sekadar menyatakan pendapat. Andai salah, teguran juga menjadi ubat dan panduan terbaik. =) insayAllah.

Wallahu’alam.Wassalam.

ROAD NOT TAKEN

Two roads diverged in a yellow wood,

And sorry I could not travel both

And be one traveler, long I stood

And looked down one as far as I could

To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,

And having perhaps the better claim,

Because it was grassy and wanted wear;

Though as for that the passing there

Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay

In leaves no step had trodden black.

Oh, I kept the first for another day!

Yet knowing how way leads on to way,

I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh

Somewhere ages and ages hence:

Two roads diverged in a wood, and I--

I took the one less traveled by,

And that has made all the difference

p/s : kalau ada salah dalam pendapat ni, mohon betulkan yep! =) cuba berani2 sahaja menulis hal ni.

Ahad, Januari 23, 2011

Pesan Hassan Al Banna

“Wahai Ikhwan Muslimin, terutamanya mereka yang bersemangat dan tergesa-gesa di kalangan kamu...Jalan kamu ini telah pun dilakarkan perancangan-perancangan dan diletakkan batas2nya, aku tidak akan menyalahi batas-batas tersebut yang memberi keyakinan kepadaku bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke destinasinya, benar, boleh jadi jalan ini panjang, namun di sana tiada lagi jalan selainnya. Kelakian hanya lahir dengan kesabaran, tabah, serius, dan amalan yang berterusan. Barangsiapa kalangan kamu yang hendak mempercepat buah sebelum ia masak atau bunga sebelum ia mekar, maka aku tidak akan bersamanya dalam keadaan ini biar apapun keadaannya. Adalah lebih baik berundur diri dari dakwah ini dan menyertai dakwah lain. Barangsiapa yang bersabar bersamaku sehingga bercambahnya benih, tumbuhnya pokok, masaknya buah dan sampai ketikanya untuk dipetik, maka pahalanya adalah urusan Allah. Kami dan ia tidak akan terlepas dari ganjaran orang-orang yang baik sama ada kemenangan atau syahadah. Wahai Ikhwan, pakaikan pada gelojak emosi kamu dengan ladam pertimbangan akal, sinari akal kamu dengan nyalaan emosi (semangat), janganlah kamu cenderung berlebihan nescaya kamu akan menjadikannya tergantung tanpa bertali. Janganlah kamu menyalahi peraturan alam kerana ia pasti akan menang. Sebaliknya atasilah emosi kamu dan gunakannya serta ubah gelombangnya. Gunakan kedua-duanya pada tempatnya, dan insya-Allah nantilah saat-saat kemenangan, sesungguhnya ia tidak jauh dari kamu. Aku telah katakan kepada golongan yang bersemangat kalangan kamu agar mereka perlahan dan menunggu peredaran masa, sementara aku katakan kepada mereka yang tidak bekerja agar bangun dan bekerja, tiada kerehatan dalam jihad."

'Ya Allah, thabatkan aku dalam jalan ini walau susah, walau perit, walau payah, walau pahit, tetapkan langkahku dalam jalan juang ini. Amiin.'

Sabtu, Oktober 03, 2009

Jumaat, Oktober 02, 2009

Sentuhan Hati


Awas! Coretan ini tersangat panjang. Sekadar sebuah coretan untuk menyedarkan dan mengingatkan diri sendiri kepada setiap perkara yang telah dan sedang dilalui.

Salam’alaik.

Aku tidak mahu menulis. Hatiku tidak tenang andai aku tetap menulis. Tapi, hatiku juga tidak tenang andai aku tidak menulis. Sesuatu yang perlu aku tulis dan merupakan sesuatu yang sangat besar bagi seorang penulis. Untuk menyedarkan dirinya juga untuk menyatakan setiap kekesalannya. Untuk meluahkan perasaannya yang tidak tertanggung hanya seorang dirinya. Hmmm.. Memang benar sukar diungkapkan perasaan sebenar. Tapi beginilah hakikat seorang penulis, perlu menjaga hati setiap yang membaca. Bahasa yang seakan kasar harus dilembutkan, bahasa yang seakan sukar harus dimudahkan, bahasa yang seakan melampau harus dimetaforakan. Akulah penulis yang lemah, yang cuba mengungkapkan perasaan dan kekesalan.

ADUHAI WANITA

Persoalannya yang cuba aku timbulkan, adakah wanita itu benar2 murah sehingga begitu senang digadaikan maruahnya? Adakah wanita itu benar2 lemah sehingga tidak mampu melawan bisikan syaitan yang direjam. Adakah wanita itu terlalu dungu sehingga termakan pujukan nafsu generasi sang adam. Inilah bahasa kekesalanku yang cuba aku lembutkan. Ahh… hakikatnya aku juga seorang wanita, seharusnya aku memahami tabiat dan fiil wanita juga. Aku tahu, wanita sukakan sesuatu yang cantik. Bahasa yang cantik susunannya mampu menjerat hati seorang wanita. Aku tidak terkecuali kerana aku juga seorang wanita!

Tidak sanggup aku nyatakan tentang kelemahan wanita. Aku tegaskan kerana aku juga seorang wanita! Aku sering ingin melarikan diri daripada isu ini, tetapi setelah aku menerima taklifan untuk menjadi seorang naqibah, baru kusedari, aku perlu memikirkannya, aku perlu menjadi lebih matang dalam situasi sebegini. Sesuatu yang bengkok harus diluruskan kembali melalui wasilah tangan sang murabbi. Bukan senang untuk melakukannya, hati2 lembut ini perlu dijaga, diketuk sedikit demi sedikit untuk meluruskannya kembali. Aku yakin, hati wanita itu sangat mudah tersentuh apabila disebut ceritera sebuah cinta. Cinta seorang hamba kepada Sang Pencipta. insyaAllah.

AKU DAN TARBIYAH

Aku yakin hati mereka masih boleh dibentuk biiznillah, InsyaAllah. Aku masih ingat, sebelum aku menulis blog, aku terlebih dahulu mencoretkan kata hati di dada2 journal yang setebal coretan sepanjang tahun. Apabila aku baca, aku terasa mahu ketawa, terasa sangat tidak matang pemikiran seorang aku dahulu, sehingga aku terbuka lembaran ‘Aku dan Tarbiyah’. Ketika itu bermulalah episod aku bertemu dengan seorang yang sangat bermakna dalam hidupku. Siapa? Dialah naqibahku. Aku sering bercita2 untuk menjadi sepertinya. Peribadinya, dan yang paling penting hubungannya dengan Allah SWT sangat aku kagumi. Setiap kali kupandang wajahnya laju sahaja air mata mengalir. Dan, aku tahu, ini kerana sebuah tautan hati terjalin kerana rabbnya. Aku sangat rindu saat itu. Aku masih di awal proses tarbiah. Aku tersangat inginkan pengisian rohani. Sungguh! Aku tahu mengapa UIA, mengapa aku disini. Untuk mencari sebuah ketenangan yang belum kutemui tika itu.

Sehingga sampai satu tahap, aku tidak mahu sesuatu yang lain lagi melainkan ingin sentiasa mendengar butir bicaranya yang sangat terkesan di hati. Aku berhutang kepadanya, kerana dia, aku di dalam medan ini. Medan yang sangat berat penuh ujian, namun tersangat manis kesudahan insyaAllah. Terima Kasih Kak Yani!

AKU SEBAGAI NAQIBAH

Sampai satu tahap, aku perlu menerima sebuah hakikat, kenyataan yang perlu kutempuh. Akhirnya aku pula yang perlu menjadi seorang naqibah. Pada awalnya terasa berat untuk menerima. Tugas ini tersangat berat bagiku. Aku benar2 takut tidak mampu menyentuh hati adik2ku kelak. Aku takut aku tidak mampu menjadi seperti nya yang aku rindui. Aku takut! Dan kerana takut aku sering menggunakan alas an, ‘aku tidak bersedia’. Kerana itu aku terfikir, sampai bila kita ingin tidak bersedia? Adakah apabila malaikat maut sudah di hadapan mata juga ingin kita katakan, ‘aku tidak bersedia?’ Adakah begitu? Tiada lagi masa untuk melengahkan sesuatu yang penting kepada agama tercinta. Dan kerana itu lintasan hidayah jangan ditolak, perlu disegerakan agar ia sentiasa datang menjengah hati kita.

Dan, hari ini aku mencuba sehabis daya untuk menjadi seorang naqibah yang baik. Aku tahu masih banyak yang perlu aku ubah pada diriku. Kekurangan ini harus ditampung. Apa yang penting aku dan mereka harus bertaut pada tujuan yang satu. Mardhatillah. Saling nasihat menasihati antara satu sama lain. Aku seorang yang tersangat lemah, yang tidak lari daripada melakukan kesalahan, tidak lari daripada sesuatu yang melaghakan. Kerana itu, aku masih perlukan bimbingan sahabat2 dan adik2ku. Andai dikisahkan kelemahanku pasti tidak cukup karangan 100 muka. Terlampau banyak. Tapi, banyak antaranya Allah hijabkan agar tidak tertimbul fitnah pada diri ini. Alhamdulillah.

Hari ini, seorang murabbi datang dengan sebuah harapan, adik2 yang boleh menerimanya sebagai seorang kakak. Adik2 yang boleh berkongsi cerita dan masalah dan sebagainya. Dan, hari ini, seakan tidak percaya, aku benar2 menghadapinya. Aku tidak mampu memberikan banyak, dan aku tidak mengharap mereka memandangku tinggi. Aku hanya punya lulusan sebagai insan biasa yang masih cetek pengetahuannya. Aku tahu, inilah kelemahanku. Tidak mampu aku berikan banyak melainkan yang ada pada pengetahuanku. Tapi, aku tersangat gembira apabila ada antara mereka bertanya, ‘Kak Yan, bila kita nak buat usrah lagi?’ dan aku gembira apabila mereka bersemangat, ‘Izzy, cepatlah wat usrah, nanti kita sibuk ngan projek. Saya dah bawak banyak kuih raya.’ Dan aku gembira apabila mendengar, ‘Yan, maaf hari tu tak dapat datang tapi, memang teringin sangat nak datang. Kalau ada lagi bagitahu ya.’ Ya Allah, sungguh, hati2 inilah yang sedang mencari sesuatu sebagaimana aku dahulu yang mencari sesuatu. Dan, telah aku jumpai. Semoga aku terus istiqamah dan thabat. Semoga mereka juga begitu. Amiin.

HATI YANG TERCICIR

Dan, ada satu hati yang juga sedang mencari. Agak berat bagiku permasalahannya. Kerana dia seorang gadis remaja yang masih kurang mampu melawan nafsunya. Kerana inilah timbulnya di fikiranku tentang penulisan kali ini. Aku sayangkan dia sebagai seorang yang punya hati untuk mencari kebenaran. Kerana itu, aku tidak mahu melepaskannya. Kadang, aku terfikir mampu kah aku? Datang melawan fikiranku sebuah lagi pemikiranku, ‘mesti boleh sebab tu Allah hantar dia padamu!’ Apa yang mampu aku lakukan? ‘Cuba berdamping dengannya, paling penting mendoakannya!’ Aku ingin jadikan dia seorang pejuang Islam, yang cintakan Islam melebihi segalanya. Yang mencintai Allah pencipta setiap hambaNya. Aku tidak mahu melihat dia terjerumus dalam cinta manusia yang menyesatkan. Yang boleh menjatuhkan nilai keistimewaan seorang wanita. Dia terlalu dhaif sebagaimana dhaifnya aku dahulu. Dia terlalu naif sebagaimana naifnya aku dahulu. Tapi, hati wanita. Aku yakin pasti mudah tersentuh dengan ayat2 indah daripada Sang Pencipta Alam melebihi ukiran ayat indah ciptaan manusia yang diciptakan. Hati wanita memang rapuh, namun terkadang juga boleh jadi sekeras batu. Tapi, yakinlah batu juga boleh terhakis dek titisan air dan hembusan bayu yang lembut lagi dingin. Kerana itu, coretan yang amat panjang ini adalah satu kekuatan buat diriku untuk tidak putus asa dalam mentarbiyah mad’u dan adik2ku. insyaAllah.

TARBIYAH TIDAK PUTUS

Begitulah tarbiyah yang dicurahkan kepadaku. Namun, selamanya diri ini tetap masih tidak akan berhenti daripada melalui proses tarbiyah. Tika ini, aku ditarbiyah untuk mentarbiyah dan juga mentarbiyah untuk ditarbiyah. Dan aku sangat berharap hati2 yang ada padaku ini mampu kupegang dan bawa untuk mengenal keindahan Islam sebagaimana hatiku dahulu dipegang oleh sang murabbi untuk merasa keindahan Islam juga. Semoga para nuqaba tidak putus asa untuk menjaga hati2 ini. Sedarlah, Allah memilih kita untuk menjadi seorang pendidik, kitalah sang murabbi harapan agama. Pada kita tidak dikurniakan satu hati saja untuk dijaga, malah Allah kurniakan beberapa lagi hati untuk dijaga dan dibelai sebaik mungkin. Memang berat tugasan ini, terasa seakan tidak mampu apabila memikirkan kelemahan diri.

KITA CUBA!

Satu permasalahan : Kekangan masa dan sebagainya menjadi punca ikatan yang terbina kadang hampir terputus. Terkadang seakan sang murabbi berputus asa dengan situasi begini. JANGAN! Jika begini jadinya, cubalah disambung semula ikatan. Jangan berputus asa di pertengahan jalan! Itulah nasihatku pada diri. Mana tidak, setiap adik2 dan sahabat2 yang ada padaku hatinya sentiasa tidak punya kelapangan waktu. Begitu juga diriku, namun, kunasihati diri, la tahzan. Pasti ada juga waktu berkualiti bagi kami untuk berkumpul bersama kelak. Kerana tidak ternilai harganya sebuah jalan tarbiyah. Jalan tarbiyah ini jangan sengaja kita putuskan tanpa sebarang usaha dilakukan.

Sampai di sini. Wallahu’alam.Wassalam.

Bersabarlah sang murabbi, menuju satu matlamat tuk membina sebuah hati mengenal Sang Pencipta. Adakah cepat benar kita berputus asa tatkala ujian menimpa. Kesabaranlah kunci segala2nya. Hati yang baru ingin mengenal Dia memang sukar untuk kita fahami. Dan, sukar jua untuk kita selami. Dengan itu, tiada lain, bersabarlah.