Jumaat, Disember 17, 2010

Perginya Seorang Pejuang

assalamu'alaikum wbt

sahabat2 seperjuangan yg dikasihi sekalian,

setelah sekian lama bertarung dgn ujian Allah, akhi kita Mas Afzal Masarudin baru shj dijemput kembali ke rahmatullah... sesungguhnya Allah lebih menyayangi hamba2Nya yg soleh moga kita semua dapat terus berusaha & mencontohi allahyarham dlm semangat memperjuangkan agama Allah. alfatihah...

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam kumpulan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu." (Surah al Fajr 27-30)

wassalam,

maryam kameelah mohamad fauzi


***

Terkejut menerima perkhabaran tentang pemergian Akh Mas Afzal melalui email oleh seorang sahabat program DIA. Rasanya baru beberapa hari lepas aku menziarah blognya. Tidak disangka beliau telah 'pergi' pada hari ini. Innalillah~

Dan, berita pemergiannya lebih kuyakini sebaik membaca tulisan Ustaz Hasrizal di sini.

***

Menemuinya, mengenalinya memberi penuh kata semangat untuk terus berjuang. Walaupun tahu hidupnya tidak panjang, perjuangan tetap diteruskan. Dengan segala kudrat yang ada beliau gagahkan diri memenuhi jemputan mengajar dan mendidik adik2nya mengenal erti perjuangan dan dakwah. Semangatnya dikagumi, kata2nya penuh inspirasi. Tapi, beliau telah lebih dahulu dijemput Ilahi. Yang tinggal hanyalah tulisan2 yang dapat menjadi tatapan dan sumber inspirasi ramai orang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di sisi Yang Maha Esa.
amin.

***

Tiada ulasan: