Khamis, Oktober 29, 2009
Rabu, Oktober 21, 2009
Wanita, Ibadat dan Masjid
Salam’alaik.
Hari ini bicaraku berkaitan satu persoalan yang bermain di fikiranku. Benarkah kaum wanita itu tidak digalakkan untuk solat di masjid?
Aku masih mencari jawapan yang kukuh untuk persoalan ini. Dan akhirnya Allah temukan satu jawapan yang meyakinkanku bahawa sangkaanku benar. Wanita boleh solat di masjid.
WANITA DAN IBADAH
Wanita dan ibadah. Ada macam2 jenis wanita di atas muka bumi ini. Ada segolongan wanita yang sangat suka beribadah kepada Allah. Ada juga wanita yang tidak begitu. Golongan wanita yang sangat suka beribadah kepada Allah kerana dirasakan dia benar2 bertanggungjawab untuk menjaga hubungannya dengan Allah. Sudah kita maklum, solat adalah tiang agama. Imam Al-Ghazali ada menyebut di dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin, ‘barangsiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agamanya dan barang siapa yang meninggalkan solat maka dia telah meruntuhkan agamanya.’ Semoga kitalah wanita yang cintakan ibadah itu.
Ibadat adalah jambatan menghubungkan antara kita sebagai hamba dengan Allah al-Khaliq. Tanpa disedari sebenarnya solat atau ibadat lain merupakan sumber kekuatan, keteguhan, kasih sayang dan penyucian jiwa bagi kita. Jadi, sangatlah tidak patut andai kita tidak memenuhi tuntutan yang satu ini. Andai begitu, seolah2 kita telah mendera jiwa sendiri. Jiwa rindukan Tuhan yang menciptakannya, jadi, janganlah kita jauhkan.
WANITA DAN MASJID
Wanita dan masjid. Adakah salah andai seseorang wanita suka bertemu Penciptanya di rumahNya? Sudah lama aku mencari jawapan untuk menjawab persoalan seorang sahabat ini. Sebenarnya tidak salah wanita mengerjakan solat jemaah di masjid. Sesetengah yang lain pula berpendapat tidak sepatutnya wanita solat di masjid. Sedikit perkongsian daripada apa yang telah kubaca, Islam membenarkan wanita untuk solat di masjid tetapi dengan bersyarat. Wanita muslimah seharusnya berpakaian menutup aurat dan terhindar daripada fitnah. Jika kita lihat, wanita pertama yang keluar dan solat di masjid bersama Rasulullah SAW adalah isteri baginda, ‘Aisyah RA berkata :
‘Muslimah selalu menyertai solat subuh bersama Rasulullah SAW dengan menutupi tubuh mereka dengan pakaian luar mereka. Kemudian mereka pulang ke rumah setelah selesai solat sehingga tiada siapa pun yang mengenali mereka kerana keadaan cuaca yang masih gelap’ HR Bukhari dan Muslim.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
‘Janganlah kamu menghalang wanita-wanitamu dari keluar ke masjid, meskipun rumah itu lebih baik bagi mereka.’ HR Abu Daud.
Solat wanita adalah lebih baik di rumah. Tetapi, andai seorang wanita itu ingin turut serta berjemaah di masjid, tiada salahnya dan tidak seharusnya disekat keinginan tersebut. Bagiku, dalam keadaan dan situasi berada di UIA, hanya ini sahajalah wanita punya peluang untuk sentiasa mendirikan solat berjemaah di masjid. Ini sahaja peluang dan kelapangan yang kita ada. Wanita muslimah pada zaman Rasulullah juga menuntut ilmu di masjid memandangkan masjid pada ketika itu menjadi pusat tarbiyah dan penyampaian ilmu. Jadi, wanita pada ketika itu juga tidak mahu ketinggalan daam menuntut ilmu di masjid.
PRIORITI
Persoalan kedua : Bagaimana pula keadaannya andai seseorang itu sentiasa solat di masjid sedangkan sahabatnya di bilik tidak pula mendirikan solat? Di mana peranan kita sebagai seorang dai’e? Persoalan ini sering bermain di fikiranku. Andai sudah menjadi kebiasaan seseorang itu untuk solat di masjid, tetapi dalam pada masa yang sama dia menyedari bahawa temannya tidak memenuhi tuntutan agama, tidak mendirikan tiang agama sebaiknya. Bagaimana? Penyelesaian yang aku mampu cari setakat ini adalah berada di samping teman tersebut adalah lebih baik. Keutamaan kita dalam situasi ini adalah untuk berada di samping teman kita tersebut. Semoga dengan dia melihat kita solat, membaca al-Quran akan terbuka hatinya untuk menunaikan kewajipan tersebut. Dan, kita perlu cuba untuk menasihati dan sentiasa berdoa untuknya.
Memang berat untuk menasihati seseorang, memang tersangat sukar untuk mempengaruhi fikiran seseorang yang ‘sesuatu’ itu telah menjadi tabiat dan kebiasaannya. Tapi, kita perlu juga mencuba kerana kita tahu sebesar mana tanggungjawab yang kita pikul. Kadang2 Allah sengaja menghantar kita di sisinya untuk menguji kemampuan kita sebagai seorang dai’e. Itulah cabarannya. Bukan sekadar amar ma’ruf, tetapi juga nahi munkar. Tetapi aku tahu, terasa tersangat sukar untuk kita melakukannya. Tapi, segera aku teringat kata2 Ustazah sewaktu di sekolah dahulu, ‘kita tahu tentang sesuatu itu salah, takkan kita nak biarkan saja. Takut2 kelak bila kita berada di hari perhitungan sepatutnya kita dah boleh masuk syurga, tiba2 ada pula yang menarik kita masuk neraka. Nanti orang yang tarik kita tu kata sebab dia tak nasihatlah kita masuk neraka.’ Aku gerun apabila teringat kata2 tersebut. Ya Allah, besarnya tanggungjawab ini! Inilah pentingnya kita di sisi mereka. Prioriti kita dalam situasi seperti ini adalah di sisi mereka berbanding sentiasa berada di masjid. Itu pendapatku.
Rasanya sampai di sini dahulu. Aku tidak faqih berkaitan hukum hakam agama, sekadar yang aku tahu itulah yang aku sampaikan. Andai ada sebarang kesilapan pada penulisanku dan telahanku, segeralah tegur dan perbetulkan agar yang salah tidak selamanya salah.
-Semoga kita menjadi hamba Allah yang cintakan ibadah dan sentiasa cintakan kebaikan-
Wallhu’alam.Wassalam.
Rujukan : Keperibadian Seorang Muslimah dari al-Quran dan as-Sunnah
Baca juga : Abul-Jauza

