1) Copy gambar amal Islam di bawah. Copy satu post ni pun tak ape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye gitu..
2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Labih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah. Calon-calon terpilih:
Hari itu suasana SHAS-M lengang, cuma ada dua tiga pelajar yang sedang menelaah dan membaca Al-Quran. Ramai sudah pulang ke kampung barangkali. Aku mula membaca, menghabiskan taklifan untuk hari itu sambil dihiburkan denganbunyi kicauan burung di langit kubah masjid. Seketika, aku mengalih pandanganku, kelihatan seorang wanita Arab sedang menghampiriku, lalu menyapaku, ‘Sis, can you take care of my baby?’ Tanpa berfikir panjang aku terus mengangguk dan melemparkan senyuman.
‘Thank you.’ Wanita Arab beredar. Aku meneruskan bacaanku sedikit kemudian terus mengangkat bayi yang diletakkan di atas sejadah tadi. Aku mengagah2. Tapi, tiada respon. Dalam hatiku ‘adakah tidak sama orang Arab dan Melayu menjaga dan bermain dengan anaknya?’ Tiba2, bayi tersebut mencebikkan bibir seakan mahu menangis. Oh tidak, hanya Allah yang tahu perasaan resahku. Maka, bergemalah SHAS-M dengan suara tangisan bayi tersebut.
‘Bagaimana cara memujuk bayi Arab?’ Aku bangkit, dalam fikiranku asyik terfikir2 caranya untuk memujuk bayi tersebut agar berhenti menangis. Aku gunakan metod orang kita, ‘lailahaillallah’ aku mula mendodoi. Menggoyang2kan badan, macam orang melayu mendodoi anak. Malangnya, bayi tersebut tetap tidak mahu berhenti menangis. Aku semakin resah, rasa serba salah. Pandanganku melilau mencari dan menanti kelibat ibu bayi tersebut. ‘Cepatlah ibunya datang!’ tinggi harapanku di dalam hati.
‘Amr Ya Habibi!’ Jeritan seorang budak perempuan membuatkan hatiku sedikit lega. Aku lihat anak perempuan wanita Arab berlari comel menuju ke arahku. ‘Habibi, habibi!’ Jeritnya lagi. Di belakang, ibunya berjalan pantas menuju ke arahku. Tiada riak marah, sebaliknya, dilontarkan senyuman manis kepadaku. Sebaik tiba, bayi comel bernama Amar bertukar tangan. Aku hanya memerhati. Aku ingin melihat bagaimana caranya seorang wanita Arab mendodoi anaknya.
Ralit aku memerhatikan, ‘Kekasihku, wahai kekasihku Amar… Jangan menangis sayang. Jangan menangis!’ Wanita tersebut menuturkannya dalam Bahasa Arab, lembut tuturnya. Walaupun aku samar2 akan bunyinya, tapi, aku tahu itulah maksudnya. Belakang Amar ditepuk2 perlahan, dan wanita Arab asyik menyebut, ‘wahai kekasihku, wahai kekasihku.’ Fikirku, benar, berbeza benar tarbiyah orang kita dengan orang Arab terhadap anak2nya. Apa yang bezanya? Aku perasaan, penggunaan perkataan, ‘kekasihku’ itu menyebabkan terasa lebih dekat tautan hati seorang ibu dengan anaknya.
Amar berhenti menangis. Barulah aku punya peluang untuk berbicara dengan wanita Arab tersebut. Dalam penggunaan Bahasa Inggeris yang kurang fasih, wanita Arab tersebut tetap meraikan aku di sisinya. Kami berta’aruf ringkas. Rupanya wanita tersebut datang dari Palestin, bumi bertuah tumpahnya darah para syuhada. Datang mengikut suaminya yang menyambung pengajian di bumi Malaysia, UIA Gombak khususnya.
Sambil berbual2, dia sibuk melayan kerenah anak perempuannya yang bernama Tuti. Tuti merupakan seorang anak perempuan berusia 3tahun yang sangat aktif, berlari2 ke sekeliling masjid dengan riang rianya dan bibirnya asyik terkumat kamit menyebut sesuatu yang tidak jelas maksudnya. Tuti dalam dunia imaginasinya. Apabila dipanggil ibunya, Tuti akur, datang menghampiri kami dan aku mengajaknya duduk di sebelahku. Komunikasi antara aku dan Tuti sangat sukar. Aku tidak pandai berbahasa Arab, Tuti tidak pandai berbahasa Inggeris. Aku cuma mampu bertanya, ‘Masmuki?’ Dia melaung, ‘Tuti!’ Terhibur aku dengan gelagat Tuti yang ceria.
Wanita Arab (lupa nak bertanya namanya) menghulurkan senaskah Al-Quran buat Tuti. Tuti menyambutnya dan membuka lembaran agung tersebut. Aku hanya memerhatikan gelagatnya. Kulihat al-Quran dibuka terbalik, tapi, Tuti tetap membacakan satu surah. Tidak jelas bunyinya, tapi, aku dapat mengagak itu adalah surah Al-Fatihah, tapi, muka suratnya bukanlah pada surah tersebut. Bacaannya tidak habis, diletakkan Al Quran di atas badan adiknya yang sedang meniarap, kemudian dia berlari lagi, bermain riang seperti bunyi kicauan burung di ruangan kubah masjid. Tiada apa yang boleh menghalang kelincahannya berlari. ‘Seronoknya jadi kanak2!’
Tuti datang menghampiri aku dan ibunya, mencium pipi adiknya Amar, dia menuturkan sesuatu, tapi, aku tidak tahu apa maksudnya. Ibunya seakan2 faham pandangan mataku lalu menjelaskan, ‘she said, this is Amar, my beloved brother! She called Amar, habibi which mean my love!’ Aku mengangguk tanda faham. Senyuman yang sentiasa terukir di bibir wanita Arab tersebut menyebabkan aku senang untuk bertanyakan banyak soalan. Katanya, ‘inilah kebiasaan orang Arab, akan turut membawa anaknya ke masjid.’ Katanya lagi, ‘tak mengapalah anak2 bermain2 sekalipun, tapi, yang penting suasana sekitarnya. Kita menunjukkan pada mereka suasana yang elok untuk mereka belajar daripadanya.’ Dan, aku menggangguk tanda faham.
Azan berkumandang menghentikan perbualan antara kami. Aku bangkit untuk solat, dan aku sedar Tuti sedang mengikut pergerakanku di sisi. Dia mengikut setiap pergerakan solatku. Tidak khusyuk juga solatku gara2 terlihat gelagat Tuti yang mencuit hati. Aku dengar dia menyebut Allahuakbar dengan kuat. Dan apabila aku selesai solat, dia juga begitu. Cumanya, di terus berdiri dan berlari lagi, kembali semula ke dunia khayalannya barangkali.
Konklusinya ringkas, biah solehah, itulah suasana yang terbaik dalam permulaan proses tarbiah anak2. Emm… Ada konklusi lain? Oh ya, manakan sama cara kita dengan cara mereka. Bertuahnya hidup di bumi UIA dengan variasi budaya daripada berbagai Negara. Yang baik, dijadikan teladan, yang tidak baik kita jadikan pengajaran. Insya-Allah. Teringat juga aku akan hadith nabi yang bermaksud :
"Setiap anak yang lahir adalah dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi".(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
‘Igot to go. Her baba called us. Nice meeting you!’ Wanita Arab meminta izin untuk pergi, dia menghulurkan tangannya untuk bersalam. Kami bersalaman semut (salam cium pipi =)), dan masing2 mengatur langkah yang berbeza. Seronok aku berkenalan dengan wanita Arab tersebut. Aku mendapat sesuatu daripadanya dan aku mengharapkan agar pertemuan itu bukanlah yang terakhir bagi kami. Tetapi, sehingga sekarang, aku tidak lagi melihat kelibat wanita Arab tersebut. Sibuk barangkali.