Selasa, April 13, 2010

2 Hari 1 Malam : Oh Gapoi~

Salam'alaik.
Entry kali ini khas bagi mengenang memori di Gapoi. Gapoi- mungkin ramai tidak mengenali atau tidak pernah mendengar namanya. Namun, Gapoi bagi kami (yang mengikuti program Titian Asli-Archimic) pasti menyimpan seribu kenangan yang berharga dan sangat indah. =) Gapoi terletak di Bentong Pahang tidaklah sangat jauh daripada UIA Gombak.

Hari itu 10hb April 2010, kami sepatutnya bertolak jam 8 pagi. Tapi, pagi itu hujan agak lebat. kami (aku, Syibrah, Nabiha, Petem, Kak Ti, Syatus, Kak Saidah) terbangun agak lambat pagi itu. Semalaman kami mengangkut barang untuk dipindahkan dari mahallah ke mahallah. Jam 5.30 pagi baru kami terlelap itupun sangat sekejap. Mahallah Hafsa dan Asma ditutup sepanjang semester pendek menyebabkan kami menjadi nomad seketika. Bilik semua perlu dikosongkan, dan sungguh kasihan bagi mereka yang tinggal jauh seperti Pantai Timur, Utara dan sebagainya.

***

Walaupun tidak cukup rehat, semangat kami tetap berkobar2 untuk mengikuti program kali ini. Aku rasa aku antara yang paling bersemangat, mana tidaknya. Semasa aku menjadi Biro Kebajikan Archimic 08/09, aku sudah merancang untuk mengadakan program sebegini, namun atas beberapa masalah aku tidak mampu merealisasikannya, dan kerana itu aku sangat gembira apabila Biro Kebajikan kali ini begitu komited sehingga berjaya melaksanakan program ini buat pertama kalinya dalam sejarah Archimic. Kredit buat Muhammad Hanafi, Zulhusni, dan Nabiha Izyani. =) Kalian memang terbaik!

Bagi mengatasi beberapa masalah seperti kewangan, masa, pengalaman dan sebagainya. Kami sepakat mengadakan program kali ini dengan Titian Asli. Dan, Alhamdulillah, kerjasama yang baik telah diberikan. Kredit juga buat Fakrul Radzi, Presiden Titian Asli dan Pengurus Program, Helmi Tan atas sepenuh komitmen yang diberikan. =) tidak lupa juga kepada konco2nya yang banyak memberikan bantuan dan tunjuk ajar. =)


Mr. Program Manager

Kira2 jam 9pagi baru kami bertolak dari UIAM Gombak, agak lambat daripada jangkaan atas faktor hujan dan sebagainya. Program kali ini melibatkan 74 orang pelajar daripada pelbagai bidang dan kuota 34 orang daripada Archimic. Alhamdulillah, Jam 11 pagi, kami tiba di perkampungan Gapoi. Kami disambut oleh kehadiran anak2 orang asli yang kelihatan begitu gembira dengan kehadiran kami. Perkampungannya ke dalam sedikit. Dan seperti yang telah di beritahu, di setiap rumah ada penunggu, maksudku anjing penjaga. Dan, kehadiran kami juga turut disambut oleh pandangan dan kerlingan anjing2 di situ. ;P




saat baru tiba di gapoi


jom gerak!

Sampai sahaja, kami meletakkan barang2 di Tadika kemas, (yang perempuan bermalam di Tadika Kemas dan lelaki bermalam di Balai Raya.). Kami dibahagi kepada 10 kumpulan yang akhirnya digabungkan menjadi 5. Pertamanya kami diberi tugasan untuk melawat rumah ke rumah membuat sedikit bancian, memberi sedikit sumbangan dan beramah mesra dengan penduduk di situ. Kehadiran kami di situ selain untuk berkempen mengenai kebersihan dan kesihatan, kami turut bertujuan dakwah. insyaAllah. =)


antara wajah2 komiti yang komited =)


peserta sedang mendengar taklimat perjalanan program



(Apabila membuat bancian, apa yang dapat aku lihat, majoriti penduduk di situ tidak beragama. Kelihatan seperti Islam, rupanya tidak menganut sebarang agama. Tapi, menurut pandanganku, mereka sangat berpotensi untuk ditarik memeluk Islam. insyaAllah.)


sedang membahagikan barang sumbangan kepada setiap kumpulan. barang2nya adalah seperti ubat gigi, syampu, sabun, berus gigi dll sesuai dgn tema kesihatan dan kebersihan.

Berjalan keliling kampung. Tidak banyak rumah, aku kira dalam 20-30 buah rumah sahaja di perkampungan tersebut. Suasananya sunyi sepi. Apabila ditanya, rupanya anak2 kampung tersebut ramai juga yang tinggal di asrama. Walaupun masih nampak dhaif, tapi, sebenarnya orang asli di sini sudah sedikit maju. Apabila bermain dengan anak2 orang asli, aku terkejut, mereka hafal lagu2 daripada Wali Band.. Maksudnya, agak majulah. ;)


antara rumah2 di gapoi~


anak2 yang menanti dan menyambut kehadiran kami


beratur menunggu giliran bilik air (macam)...sebenarnya sedang berkunjung ke rumah2. =)


membuat bancian dan beramah mesra dengan pemilik rumah =)


sebaik beramah mesra, kami akan meminta kebenaran untuk menampal poster kempen kebersihan dan kesihatan ini. kredit buat omar yang mereka poster ini =)

Sepanjang kami meronda2 kampung, banyak juga perkara menarik yang aku temui. Budaya dan tradisi masyarakat orang asli di situ. Ada antara mereka yang sedang berkumpul mendengar nyanyian dan bunyi petikan gitar saudara mara mereka. Seronok apabila melihat mereka berkumpul begitu. Kami tanpa melepas peluang turut bersama mereka seketika. Mendengar nyanyian daripada masyarakat orang asli. Betul, mereka tidak begitu mundur malah hebat bermain alat muzik. Lagu apapun, mereka seakan tahu mengalunkannya. =) Paling seronok, aku suka mendengar bunyi latar aliran air sungai dan cicipan unggas rimba. Nyaman...sungguh nyaman. subhanallah~ =)


ahli keluarga berkumpul dan berhibur =)

Selepas penat berjalan, kami berehat sebentar sambil2 menunggu komiti bahagian 'catering' menyiapkan dan menyediakan makanan. Sementara menunggu makanan siap, dalam keroncong perut, kami meneruskan program dengan aktiviti seterusnya. Sesuai dengan tajuk program yang kami bawakan, 'Health Awareness Campaign' ada beberapa modul telah disediakan oleh unit modul untuk mengajar dan memberi kesedaran kepada masyarakat orang asli di situ khusunya anak2 kecil. Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya, jadi, kami mensasarkan kempen yang kami bawa sampai kepada anak2 masyarakat orang asli.Tambahan pula kanak2 di situ ramai yang sudah memulakan sesi pembelajaran mereka di Tadika Kemas yang ada di situ. Antara mereka apabila aku tanya di sekolah belajar apa, mereka akan jawab...'A, B, C...' Aku sedikit lega kerana walaupun dimaklumkan bahawa mereka enggan ke sekolah, sekurang2nya mereka mengenal abjad dan ada yang sudah tahu mengeja. Alhamdulillah. =)


khusyuk mendengar penerangan daripada komiti tentang kebersihan dan kesihatan


Kak Saie yang memberi taklimat berkenaan kebersihan.sungguh ceria =) cara memotong kuku, mengurus rambut, menggosok gigi dan mencuci telinga. =)



komiti (petem & kak saidah) sedang menunjukkan cara2 membuat modul kepada anak2 orang asli


komiti yang sangat sporting (khatib & anas). jom belajar menyanyi dan menari! ;P


bukan anak2 orang asli je semangat, ibu2nya juga. =) juga komiti dan peserta program...semua bersemangat belajar menyanyi dan menari. ;P

Ok, kemudiannya, perut kami diisi dengan hidangan enak daripada unit catering. Siapa ya? setahu aku Mr Presiden Titian Asli sendiri yang menyediakan makanan untuk kami... juga Program Manager... Juga, sahabat2ku daripada Archimic. (kalau salah tolong betulkan ya. =)) Dan aku? hanya tolong makan. =)


ayuhai sahabat, masak jangan masam2 mukanya karang mengena masammu pada makanan.hehe~ syibi sebagai bahagian catering. terima kasih. =)

Petangnya sukaneka. Suka aku melihat senyum dan gelak tawa masyarakat orang asli Gapoi. Sekurang2nya hatiku lega. Aku bimbang takut kehadiran kami tidak memberikan sebarang manfaat buat masyarakat orang asli di sini. Bukan apa, manakan sama adat dan tradisi orang asli yang dibesarkan dalam hutan malar hijau dengan kita orang yang dibesarkan dalam hutan konkrit dan udara kota.Tapi, dengan melihat gelak tawa mereka, aku sudah mampu melepaskan nafas kelegaan. Alhamdulillah. Semoga kehadiran kami membawa sedikit kegembiraan buat mereka.

Program kami seakan berjalan dan berlalu agak cepat. Cepat sahaja siang berganti malam. Malam, sepatutnya akulah PIC untuk 'malam 1001 senyuman' Sudah beberapa kali plan malam kebudayaan ditukar atas sebab2 tertentu. Serba salah aku dibuatnya. Namun, nasib baik ada sahabat2 yang tidak segan silu menaburkan idea dan bantuan. Sahabat2 yang turut sama untuk menjayakan malam tersebut adalah Shida(URP), Neesah(GreenTeam), Madlan(URP), dan yang paling banyak membantuku adalah Kak Sidah (Titian Asli). Terima kasih semua. Juga tidak lupa kepada Kak Chela, Kak Alia, dan Radzi (Titian Asli) yang juga banyak memberikan tunjuk ajar. Selamanya aku ini masih budak baru belajar. Aku perlu belajar menjadi ketua yang baik andai akulah ketua dan aku perlu belajar menjadi anak buah yang baik andai akulah anak buah. Tapi, aku memang cuba mengelak untuk memimpin sesuatu. Sangat tidak layak rasanya. beban tanggungjawab kurasakan sangat besar. Tapi, andai ditaklifkan, aku akan cuba sehabis baik. insyaAllah. =)


masa untuk makan~ barbecue malam tu. =)

Dan malam tersebut berlalu dengan gelak tawa daripada semua. Sudah lama rasanya aku tidak merasainya. Barulah terasa lepas semua perkara. Pertamanya, kami menganjurkan pertandingan busana muslimah yang turut merupakan satu cara berdakwah kepada orang asli (biiznillah). Anak2 orang asli diminta menggayakan pakaian yang sopan dan menarik mengikut kreativiti mereka. Dan, pelbagai ragam yang mencuit hati kami lihat. ;P Apapun semoga dengan cara ini, mereka mampu melihat Islam itu sebagai sesuatu yang indah dan tidak susah. Mereka tidak menolak untuk dikenakan pemakaian sopan bermakna, mereka memang terbuka untuk menerima semua ini. Moga2, terbuka juga jalan hidayah buat mereka untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam.insyaAllah.


komiti sedang membalut hadiah untuk malam kebudayaan dan busana muslimah. =)


para juri : ustaz nik, nik, kakyong =)


para model menggayakan pakaian masing2. ;P


dan...adik comel inilah pemenangnya. =) lupa pula namanya.


kemudian dijamu pula oleh persembahan spontan daripada komiti yang sangat sporting : kamal, zul, napi, anas, abu. 'kenapa singgah kalau tak masuk' yang penuh gelak tawa.


persembahan spontan juga. berlakon tanpa tahu hujung pangkal cerita. macam2~ ;P
dibintangi oleh : dila(TA), kak saie(TA), kak jie(ARC), anas(ARC)

Aku teringat, aku agak rapat dengan anak Tok Batin, tapi aku terlupa pula namanya. Petang itu, dia mengajak aku meronda2 keliling kampung dengan menaiki motorsikal milik bapanya. Masakan aku mahu menolak peluang keemasan isebegini. Aku membonceng di belakang, dan sambil2 itu aku berbual2 dengannya. Banyak juga maklumat yang aku dapat. Dia kelihatan seperti orang Islam, tapi rupanya juga tidak beragama. Masih bersekolah dalam tingkatan 5. Aku tanya, bagaimana pelajarannya. Dan, katanya OK dan dia sangat suka belajar. Aku bersoal jawab dengannya. Dan, dia kelihatan tidak kekok bercerita. Seronok juga dapat mengenalinya. Terdetik di hatiku, andai sahaja dia diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk agama Islam, mungkin dialah yang akan turut menjadi penggerak dakwah Islam di situ. Wallahu'alam.tapi, sama2lah kita doakan untuk kebaikan mereka. insyaAllah.

Dan, malam berlalu dengan seribu satu memori indah. Pasti terkenang sebaik mendengar lagu 'kenapa singgah kalau tak masuk'. kenapa ya? ;p biarlah rahsia. ;p

Menanti hari esok dengan penuh debaran. Adakah hari esok lebih indah daripada hari ini? Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini. Semoga semuanya berjalan lancar. Doaku. dan aku tidur dengan lena sekali. Rasanya aku masih belum begitu rehat sejak habis peperiksaan akhir apatah lagi malam sebelum ke Gapoi. Begitu juga dengan sahaba2ku. Alhamdulillah, aku mendapat peluang rehat yang secukupnya malam itu. =)

Qiam, dan solat subuh berjemaah.

Lalu, matahari mula menampakkan sinarnya.

Selamat pagi Gapoi~ Senam aerobik diketuai oleh saeng Archimic ku Zulhusni dan Hanafi. Memang sentiasa pening aku melayan kerenah dua orang 'saeng'ku ini. Kedua2nya memang sentiasa menjadi penghibur kami dalam Archimic, namun, mereka jugalah antara orang2 yang paling komited dalam Archimic. Layaknya mereka menjadi 'lawyer', tapi senibina pun hebat juga... =) Aku tahu kesibukan sebagai seorang pelajar senibina, namun, aku kagum dengan kebolehan mereka menguruskan masa. Tanggungjawab terlaksana dengan baik, pelajaran juga tidak keciciran, mampu diurus dengan baik. Sehingga terkadang aku terasa sangat rendah diri dengan sahabat2 yang seperti ini.Owh ya, bukan mereka sahaja tapi, juga yang lain... memang sangat hebat! insyaAllah. =)


yuk bersenam ;P


peserta2 lelaki juga bersemangat. ;P


pagi2 lagi masyarakat orang asli sudah bersama mengikuti program kami. =) alhamdulillah~

Selepas aerobik, kami bersiap sedia untuk menuju ke air terjun Gapoi. Tidak lengkap rasanya kehadiran kami tanpa menikmati udara segar dan nyanyian suara unggas di dalam hutan. Air terjun Gapoi menjadi lambang kebanggan masyarakatnya. Sangat cantik, dan sangat tidak tercemar airnya. Begitulah alam kita yang sebenarnya tika masih belum disentuh tangan manusia. subhanallah. di mana lagi kita mahu melihat kebesaran Allah kalau bukan pada penciptaanNya? subhanallah. Selama ini kita sering membanggakan hutan konkrit yang dibina manusia sehingga kadang kita terlupa asal alam yang lebih indah berbanding segala ciptaan manusia. nyaman~


oh ya...sementara kami meredah hutan ke air terjun gapoi, pada masa yang sama berlangsung pemeriksaan kesihatan di balai raya. jadi, ada juga komiti yang tidak dapat bersama kami ke air terjun gapoi... tapi, takpe... semoga kita punya peluang untuk datang ke gapoi lagi nanti. =)


perjalanan ke air terjun. di sekeliling bukit bukau. sangat cantik. kemudian kami meredah sungai, meredah hutan, barulah kami temu air terjun sungai gapoi yang sangat cantik. subhanallah~


oh gapoi~ keindahanmu menggamit pandanganku. membuat aku jatuh cinta seketika. udaramu membuat aku segar tiba2.
hehe~ teringat pula...malam tu, komiti lelaki bersajak spontan...benar2 mencuit hati dengan bahasa2 yang pelik pun ada...didahului dengan oh gapoi~~ ;P


dan, kami tidak boleh berlama di air terjun. masa memang cemburukan kami. sekejap cuma kami sempat menikmati keindahan alam tersebut. merasakan airnya yang nyaman dan segar, kemudian, kami terpaksa pulang. jam 12 tengah hari akan bermula perasmian penutup dan kami perlu bersiap sedia untuk itu. Pulanglah kami, dengan hanya meninggalkan jejak memori di air terjun Gapoi. Selamat tinggal hutan malar hijau~

Dan, berlalulah masa membawa bersama seribu kenangan, akhirnya kami terpaksa meninggalkan semuanya. Ini bukan tempat kami, justeru, kami harus pulang kembali ke kota meneruskan perjalanan hidup yang seterusnya. Langkah perjalanan seorang pendakwah tidak berhenti di sini. Ini hanya sebahagiaanya. Masih ada tanggungjawab berbaki. di tanah sendiri paling tidak di KAED.

Lambaian perpisahan buat warga Gapoi, juga buat kehijauan yang aku cintai. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun tidak semua berlaku seperti perancangan. Setinggi penghargaan buat semua yang telah memberikan aku sedikit kenangan untuk diingati. Juga terima aksih kerana telah menjadikan Gapoi sebahagian daripada memoriku. terima kasih Titian Asli dan ahli Archimic yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Maaf juga andai ada salah dan silap daripadaku sepanjang kerjasama kita bersama. Jutaan maaf yep!






wajah anak2 gapoi






bergambar kenangan sebelum meninggalkan gapoi

p/s: sebenarnya dalam menjayakan program kali ini, Titian Asli yang banyak menyumbangkan sumbangan. kami banyak belajar daripada Titian Asli. terima aksih kerana sudi berkoleberasi dengan kami yep. Kai sangat menghargainya. =)

gambar oleh : Nazuha - asst. pub & pro archimic

Isnin, April 12, 2010

ARCHIMIC 09/10

Salam 'alaik. Hari ini sekadar ingin berkongsi sedikit memori bersama Archimic 09/10. Segala aktiviti yang telah kami jalankan samada berjaya ataupun tidak. Tak banyak aktiviti yang sempat kami jalankan untuk semester 2 memandangkan kenaikan kami sangat lambat. Proses pertukaran dan peralihan kuasa berlaku lambat atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Sekadar laporan. =) (Kalau nak crita satu2, mesti sangat panjang...jadi, briefly;)

ARCHIMIC EXPOSED



Kali ini pemilihan ahli Archimic bukan lagi berdasarkan hasil undian daripada pelajar KAED. Pelantikan dibuat berdasarkan syura di setiap department. Setiap department perlu menghantar 5 nama untuk diwakilkan dalam Archimic bermaksud ahli Archimic bertambah menjadi 25 orang termasuk 5 presiden daripada setiap department. 5 department tersebut adalah Archais-Architecture, Earthwork-Landscape Architecture, Planmic-Urban Planning, QUEST-Quantity Survey, Designext-Applied Art.

Justeru, ARCHIMIC EXPOSED diadakan dalam usaha menaikkan kembali dan memperkenalkan kembali ARCHIMIC kepada pelajar KAED khususnya.




bacaan ikrar sebaik naik secara rasmi sebagai ahli Archimic

ARCHIMIC LOGO COMPETITION



Selama beberapa tahun ini, Archimic menggunakan Logo KAED sebagai logo rasminya. Namun, sebagai satu langkah untuk memperbaharui dan memperkenalkan identiti Archimic. Kami sepakat untuk mengadakan pertandingan mencipta logo Archimic yang pemenangnya akan menerima wang tunai sebanyak RM200 dan secara tidak langsung logonya akan menjadi logo rasmi Archimic. Dan pemenangnya adalah Raja Nur Etika daripada Quest.



RIVER CLEANUP



Perkenalkan, dalam Archimic bukan sahaja terdapat 5 persatuan 'departmental based', tapi, turut di bawahnya terdapat satu persatuan yang terbuka kepada semua warga UIAM iaitu Greenteam. Secara tidak langsung ahli Archimic berdaftar sebagai ahli Greenteam dan diwajibkan menyertai dan menyokong sebarang program daripada Greenteam. Hasil perbincangan, Presiden Greenteam turut dimasukkan dalam organisasi Archimic menjadikan ahli Archimic menjadi 26 orang.


6 persatuan di bawah Archimic

Program pertama Archimic-Greenteam adalah River Cleanup di Kampung Muafakat Gombak (hasil gabungan 7 kampung warisan yang masih ada di sini). Hasil daripada program ini, Kampung Muafakat telah dijadikan sebagai kampung angkat KAED dan beberapa pertemuan telah diadakan bersama ketua kampung bagi membincangkan tentang pembangunan kampung tersebut.


longgokan sampah yang tak boleh dikitar semula diangkut oleh DBKL

Greenteam adalah satu persatuan cinta alam yang mengetengahkan kitar semula sebagai satu cara menjaga alam sekitar. Bertujuan mendidik manusia tentang kepentingan alam sekitar insyaAllah.


foreigner pun ikut sama ;)

bergambar kenangan di madrasah tarbiyah kampung padang balang

FORUM MAULIDUR RASUL



Sempena sambutan Maulidur Rasul, kami telah mengadakan forum bagi memperingati setiap amanat yang ditinggalkan Rasulullah SAW buat ummat akhir zaman. Alhamdulillah, kami mencpai target yang disasarkan. Jemputan panel pada malam itu adalah Dr Akmalhuzaimy dan Ustaz Rozaimi dari IRK.


syukri-moderator dan panelis

budak Archi tahun 2 (budak2 studioku. ;P) mendeklamasikan sajak

algebra + adib

para komiti =)

ARCHIMIC BULLETIN



Buletin pertama daripada Archimic dikeluarkan sebagai satu percubaan dan pengenalan kepada Archimic.

AURAH CAMPAIGN
Diadakan selama seminggu anjuran ENGINIUS-ARCHIMIC. Koleberasi pertama antara dua kuliyyah jiran. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang minggu tersebut.

VISIT BY SMKA DURIAN GULING, TERENGGANU TO KAED


pemeleh(tebar layar) kebanggaan kaed. ;)

Kami menerima kunjungan daripada rombongan Sekolah Menengah Agama Durian Guling. Namun, hasil perancangan kami untuk menjamu mereka dengan sedikit multimedia tentang keunikan KAED tidak tercapai akibat sepanjang hari tersebut seluruh UIA tidak menerima bekalan elektrik buat sementara waktu. Namun, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sekurang2nya kami mampu membuat mereka tersenyum dan puas hati atas layanan yang diberikan. Sebuah memori yang pasti tidak akan kami lupakan. =)


kak mira, bi dan ahli kumpulannya

pelajar aspuri tingkatan 5 durian guling (mak penah ngajar dulu. ;p)

ucapan guru pengiring

bergambar kenangan di hadapan pintu gerbang KAED

HEALTH AWARENESS CAMPAIGN AT PERKAMPUNGAN ORANG ASLI GAPOI

Hasil koleberasi Archimic-Titian Asli untuk mengadakan komuniti servis di perkampungan orang asli yang buat pertama kalinya disertai oleh Archimic. Di perkampungan orang Asli Gapoi, majoriti adalah tidak menganut sebarang agama namun punya kepercayaan mereka sendiri dan hanya beberapa buah keluarga sahaja yang baru memeluk agama Islam. Kehadiran kami ke Gapoi selain bertujuan mewar2kan tentang kempen kesihatan dan kebersihan, kami turut bertujuan untuk meluaskan dakwah ke sana. Walau tidak beragama Islam, warga orang asli Gapoi tetap terbuka menerima pembawakan kami di sana. Alhamdulillah. Sangat banyak memori indah di Gapoi walaupun hanya dua hari kami berada di sana.


kunjungan rumah ke rumah untuk berkempen tentang kebersihan di samping memberikan sedikit sumbangan =)

komiti bersama anak2 orang asli yang sentiasa ceria menerima kunjungan kami. =)

senam aerobik kot di pagi hari

modul bersama anak2 orang asli... ramai antara mereka yang tidak bersekolah. di sini, perlu juga antara kami menasihati mereka tentang betapa pentingnya ilmu pengetahuan. Dan ada juga antara mereka berpotensi menjadi pelajar cemerlang. =)

Malam tu abang2 dan kakak2 komiti dipaksa membuat persembahan spontan. hee~~
malam penuh gelak tawa =D

Pertandingan busana muslimah kanak2 antara salah satu cara dakwah pada mereka.moga2 insyaAllah. =)

persembahan spontan komiti yang sangat sporting. menegangkan perut kami dengan gelak tawa. ;D

Sedikit tentang orang asli Gapoi :
kami cuba untuk menarik dan menunjukkan keindahan islam kepada mereka.

mereka punya beberapa kepercayaan seperti menggantungkan buah hutan di hadapan pintu masuk rumah untuk menghalau sesuatu yang tidak baik. D

an, mereka memang membela anjing (macam security guard la). Setiap rumah paling kurang ada seekor anjing guard. Kalau ada orang tak dikenali masuk kampung anjing tersebut akan mengejar dan menyalak sekuat2nya dan kami hampir2 diterkamnya sewaktu melalui kawasan kampung. fuuh~

mereka bercakap bahasa melayu temuan. yang ditambah 'k' dihujung perkataan. dan, yang mencuit hati kami, ramai juga antara anak2 orang asli yang terlupa nama sendiri. ;)

Selain tu, perkampungan ini hanya terdapat antara 20-30 buah rumah orang asli yang kebanyakannya semakin bertambah baik infrastrukturnya.

Mereka suka menyanyi dan berhibur, mereka suka berkaraoke. ;) Malah, juga mencuit hati dan agak mengejutkan kami, anak2 orang asli boleh menyanyi hampir semua lagu kumpulan wali. Maksudnya, mereka juga turut menerima pengaruh daripada luar, maksudnya lagi, mereka semakin bertambah maju. =)

Cuma satu, doaku semoga mereka juga akan menerima hidayah daripada Allah SWT untuk menerima dan memeluk agama Islam suatu hari kelak. insyaAllah.amiin~



Program Departmental Based Society

Selain Program diadakan Archimic, terdapat juga program daripada setiap department antaranya adalah :

BMI UniKL Open Futsal Tournament - QUEST
ExploreNorth Exhibition - DESIGNEXT
UP Family day - ARCHAIS
AGD QUEST, DESIGNEXT, EARTHWORK, PLANMIC
Talk on Verbal Presentation Skill - EARTHWORK

Akan Datang insyaAllah

ARCHIMIC TA'ARUF DAY
KAED SPORTDAY
KAEDFEST 09/10

KAED LEAGUE


Sedikit Coretan

Ini antara kenangan aku bersama Archimic...Mungkin tidak banyak, tapi, cukup memberi impak besar dalam hidupku. Banyak perkara yang aku belajar daripada pembabitanku dalam Archimic. Di awalnya, aku terfikir untuk meletakkan jawatan dalam Archimic, (sebab tak yakin diri dan takut tak dapat fokus belajar) tapi, aku batalkan niat. Mungkin ada hikmahnya. Aku tidak pernah terdetik sedikitpun untuk melibatkan diri dengan ini semua. Tapi, aku tahu Allah lebih tahu apa yang terbaik untukku. Jadi, cuba menerimanya dan melaksanakannya dengan baik.insyaAllah. Untuk semua ahli Archimic. Terima kasih tidak terhingga buat kalian yang banyak memberikan tunjuk ajar padaku. Walaupun, Archimic mungkin tidak dikenali, tapi, cukuplah memorinya semua tersemat di hati. =)

Minta maaf juga atas segala salah silap sepanjang kerjasama kita (ahli archimic) untuk semester lepas... Untuk yang seterusnya, insyaAllah, kita cuba sehabis baik ya. The biggest one... KAEDFEST - memang agak berdebar nak melaksanakannya. Untuk memberi kelainan pada KAEDFEST09/10 bukanlah sesuatu yang senang. Banyak perkara yang perlu dirangka dan difikirkan... Apapun semoga kita semua berjaya melakukannya. =) insyaALlah. Gambattey ney! Semoga Archimic kali ini mampu membuat sedikit perubahan dan mampu membuat sedikit pembaharuan pada KAED. Sedikit sumbangan kita semoga kesannya kekal sehingga ke akhirnya. insyaAllah.

TERIMA KASIH SEMUA. =) Kalian memang hebat! ;P