salam'alaik.
tatkala jari mahu menari, ia tiba2 tersentak, hilang rentak tarian. hati yang menggetus kata keinsafan tiada lagi kedengaran! yang ada cuma hati yang seolah2 tiada perasaan. bisikan2 yang selama ini berserta iringan sebuah tulisan, tidak lagi mampu aku cetuskan. di mana silapnya aku? adakah pada hatiku atau pada fikiranku?
Setiap kali hati mula berbisik, aku dilanda kesibukan. kesibukan yang menyebabkan hilang segala bisikan. hati cuba untuk berbicara denganku, namun, aku harus memulakan seribu perjalanan lagi. bisikan hati kedengaran sayup2 dek kekuatan hentakan kakiku. lantas, hati tidak lagi kuendah. aku sentiasa melangkah, aku tidak berhenti melangkah. akhirnya aku tersedar, aku tidak tahu ke mana harus ku menuju! destinasi yang tidak pasti menyebabkan aku buntu... lalu aku teringat hati yang sentiasa sudi berbicara denganku.
'wahai hati, apakah kau merasa sakit?'
jawab hati, 'ya, aku sakit di saat kau tiada lagi masa bersama Tuhanmu!'
'wahai hati, adakah aku berdosa?'
jawab hati, 'ya! kau berdosa dengan Tuhanmu!'
'wahai hati, di mana silapku?'
jawab hati, 'pada kelalaianmu!'
'wahai hati, bagaimana lagi harus aku lakukan?'
dan hati senyap, tiada jawapan.
akhirnya jawab hati, 'kau tahu jawapannya!'
'aku tahu?!'
ahh, jam 9.30, aku harus bergegas lagi. Dan, dalam kekalutan mengatur langkah, hadir sebuah jawapan, 'hablunminallah, hablunminannas...'
kucapai al Quran, dan terasa basah di pipi~ Alhamdulillah~

