Isnin, Mei 11, 2009

LANTERA Consultant

Salam 'alaik.

LANTERA CONSULTANT, KAED
Dengan tertubuhnya syarikat ini, maka, kesibukanku semakin bertambah. Bukanlah seorang berjawatan besar dalam syarikat tetapi hanyalah ahli biasa yang hanya mampu menyumbang idea yang biasa2 sahaja. Sekarang di sinilah aku berada LANTERA Consultant hasil gabungan 4 kos major di KAED. Apllied Art, Architecture, Landscape Architecture, Quatity Surveyor. Kami bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyiapkan satu projek yang akan dibangunkan di Tasik Maryam UIA Gombak. 24 pekerja semuanya berganding bahu bertungkus lumus untuk menyiapkan projek disamping kami perlu bersaing dengan 13 syarikat yang lain.

Masing2 24 ahli memainkan peranan yang penting dalam memastikan keberlangsungan projek kali ini. Kami diberi tugas untuk mereka bentuk sebuah rumah tetamu, 'guest house' berserta lanskap, dan tatarias dalaman. Projek bernilai RM 400,000 harus disiapkan dalam masa 7 minggu daripada sekarang. Sebenarnya, sengaja aku menceritakan ini semua bagi mengisi masa lapang sementara menunggu rakan kerja yang lain masuk pejabat. Sebenarnya banyak perkara yang ingin aku kongsi dengan semua, tapi, masa sangat tidak mengizinkan. Andai ramai yang sem pendek ini sangat lapang waktunya, bukanlah begitu bagiku. Sepanjang sem pendek aku terpaksa memikirkan banyak perkara. KAED Fest sesuatu yang sangat berat untuk difikirkan. Ya Allah permudahkanlah urusan kami. Land Survey, subjek 'core' yang agak berat ditambah pula dengan multidip. Satu lagi subjek adalah BM Kerjaya.

Sampai di sini dahulu sebagai memenuhi syarat meng 'update' blog. Wassalam.

All the best buat LANTERA CONSULTANT. Ingat, apa yang penting? KERJASAMA. =) GAMBATTEY!

Jom Bowling!