Salam’alaik.
Hati gundah, jiwa tak tenteram. Aku sendiri tidak pasti apkah puncanya. Adakah kerana dosaku yang saban hari semakin bertambah atau adakah kerana kesibukanku yang juga semakin hari semakin bertambah? Nikmat cuti yang pendek aku rindukan seolah ingin sahaja aku panjangkan cuti sekurang2nya seminggu lagi. Aku belum puas menikmati cutiku yang sekadar separa cuti. Aku tidak sempat menunaikan hajatku untuk ke KOPU seperti kebiasaan cuti yang aku lakukan.
Buka sahaja separuh semester lagi, jantung ini mula berdegup pantas untuk setiap hari mendatang yang bakal aku lalui. Isnin, CRIT 1 dan aku tidak bersedia untuk itu. Ilham belum datang padaku untuk aku lakarkan sesuatu di atas kertas, juga Isnin sepatutnya ‘submission History3’ dan aku bertungkus lumus untuk itu. Sehinggalah aku terima mesej ‘submission ditunda’. Aku kesal kerana agak banyak masa aku tumpukan pada ‘History’, tapi, tak mengapalah. Sekurang2nya, aku telah menyiapkan satu tugasan. Alhamdulillah~
***
Aku gian untuk menulis. Dalam aku kesibukan mencari ilham untuk melakar, datang ilham padaku untuk menulis. Mencoret setiap apa yang aku rasakan. Sebenarnya, aku ingin sekali menulis sebuah curahan kata semangat khas buat adikku Fadhil (atas permintaannya, ‘Na, tolong aku. Macam mana nak tenangkan hati?’). Tapi, aku gagal! Aku tidak mampu menulis dalam keadaan hatiku sendiri celaru. Aku gagal untuk mencari kata2 yang baik sebagai ubat penenang. Maafkan aku! ‘Ya Allah, kurniakanlah secebis ketenangan padaku juga adikku~’
***
‘Yan, yan nangis?’ Soal teman sebilikku sebaik kami usai solat berjemaah.
‘Taklah. Pandai2 aja akak ni…’ Jawabku. Masakan aku menangis? Tapi, apabila ditegur begitu aku menjadi sebak sebenarnya. Tiba2 sahaja air mata mengalir bukanlah disebabkan apa2, tapi… pernah tak dirasakan bahawa keindahan solat yang pernah kita rasai hilang entah kemana? Seakan, solat tidak lagi mendatangkan keindahan sama sekali. Aku merasainya sedikit demi sedikit dan aku sangat kesal akan diriku ini. Yang sering aku bayangkan, aku sedang memijak2 hatiku yang degil ini. Ahh, aku seakan seorang watak kartun yang kuat anganannya. Dan, usah dilayan!
Aku tidak mampu menipu akan hakikat diriku yang sedang aku lalui sekarang. Aku tidak tahu di mana hilangnya nikmat itu sehingga aku pernah berdoa, ‘Ya Allah, andai tidak juga aku rasai nikmat solat ini, Kau hilangkanlah nikmat nyawa ini dari jasadku! Aku takut andai nyawa yang lebih panjang akan menyebabkan bertambah2 lagilah nikmat ini hilang.’ Bila menuturkan ini baru aku berasa sedikit tenang. Kejamkah aku apabila meminta daripada Rabbku sesuatu seperti ini? Juga adakah perbuatanku ini salah? Andai salah aku pohon sebarang teguran.
Tapi, sejenak kemudian aku tersedar lalu aku berdoa lagi. ‘Ya Allah, andai hari ini aku tidak merasai nikmat ibadat terhadapMu, Kau panjangkanlah hayatku beberapa ketika sehingga akhirnya aku merasai nikmat itu.’ Sekali lagi aku seakan seorang anak kecil yang sedang meminta2. Tapi, aku yakin Allah sedang mendengar doaku. ‘Ya Allah, aku inginkan sebuah kesudahan yang baik bagiku, ibu bapaku, sanak saudaraku, sahabat2ku, muslimin dan muslimat di dunia ini.’ Ya, aku benar2 inginkan sebuah kesudahan yang baik! Dan, siapa juga pasti inginkannya. Masa untuk bermuhasabah~ Percantikkan amalan!
***
‘Ya Allah, adakah kerana ini semua yang menyebabkan aku sukar sekali mendapat ilham untuk projek kali ini?’ Inilah persoalan yang bermain di mindaku sekarang. Aku buntu, aku sedang berada di hadapan laptop sambil buru2 menaip sedangkan esok adalah CRIT. Seakan sebuah jampi, minda ku dibayangi dengan kata2, ‘datanglah ilham, datanglah ilham, datanglah ilham…’ entah untuk berapa kali mindaku berputar2 untuk mencari ilham. Dan, saat aku menulis perkataan ini.ilham masih jua belum kunjung tiba.Jam 1 pagi.
‘Ya Allah, aku pohon padaMu, Kau permudahkanlah bagiku urusan ini. Kau bantulah hambaMu yang tiada daya ini. Amiin’
Wallahu’alam.Wassalam.
p/s : maaf, penulisan cepat yang pasti banyak salah silapnya. Harap ada yang sudi betulkan pada sebarang kesalahan yang mungkin tidak aku sengajakan. sekadar luahan di kala ilham tak datang.terima kasih.