Rabu, Disember 29, 2010

Segalanya Milik Mu



Kau yang menciptakan cinta

Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyebut namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan

Isnin, Disember 27, 2010

Suka2 Saja


Case Study : National Archive

Sibuk itu adakah satu ujian yang berat? Sesiapa juga sedang atau dalam sibuk. Maka sibuk itu bukanlah satu alasan yang baik untuk melarikan diri daripada semua tanggungjawab. Aku sibuk, tetapi sering menjadikan ia alasan untuk tidak menunaikan banyak kewajipan lain. Silap aku! *sigh*

Kelmarin, aku dalam kekalutan yang amat sangat. Banyak perkara perlu disiapkan segera makanya, sekali lagi tidur terpaksa dikorbankan. Mood yang tidak baik selama dua tiga malam. Maafkanlah bagi sesiapa yang menjadi mangsa ke’moody’an ku itu! Dengan ini rasmilah sudah rutinku sebagaimana semester yang lepas. Semester ini kelihatan sedikit ringan padahal sangat dan mungkin lebih berat.

Minggu pertama dan kedua, jarang2 sekali aku berada di UIA, banyak masa keluar untuk Case Study dan Site Analysis dan minggu ketiga adalah persediaan akhir untuk submission dan presentation SoA, Site Analysis dan Case Study. Kali ini, tambah disibukkan lagi dengan persediaan untuk Heritage studies. Hampir setiap malam kami bermesyuarat untuk heritage dan studio maka banyak perkara sampingan lain yang terpaksa aku korbankan.

Sebaik tamat semester kedua, insyaAllah kami akan terus ‘terbang’ untuk melaksanakan tugasan wajib kami iaitu Heritage Studies seperti yang telah kunyatakan. Sebelum terbang, banyak perkara yang harus diselesaikan. Mungkin, kami terbang tidak jauh, jika tiada aral destinasi kami adalah Ayutthaya dan Bangkok, tidak sejauh pelajar senibina ‘batch’ sebelum2 kami. Perancangan asal adalah India telah dibatalkan atas permintaan adivisor kami. Tetapi tetap untuk ke Bangkok, bermacam isu telah dipersoalkan lebih2 lagi isu rusuhan dan pergolakan di Thailand. Kalaulah, akhirnya proposal kami ditolak, kami hanya punya sedikit masa untuk beralih ke perancangan ke dua iaitu Kemboja atau hanya Malaysia! Semoga Allah permudahkan segala.

***

Site Visit : Princecourt Hospital

Sekarang juga sedang menulis di celah kesibukan. Sementara menunggu ahli2 lain datang untuk perbincangan lanjut Heritage Studies. Tanggungjawab yang diterima adalah sebagai Ketua Report dan Research. ‘Taknak jadi ketua boleh?’ Semua pandang tepat kepadaku. ‘Kita takda orang lain lagi dah…’ Aku akur. ‘Takpe… sekadar ketua report. Bukanlah apa2.’ Tugas aku di sini membuat research tentang Thailand dan tugas aku di Thailand (insyaAllah) kelak adalah menemuramah penduduk2 Thailand dan mencungkil sejarah tempat tersebut. ‘Seems like I have to learn Bahasa Thailand lah. Oh, I must!’

***

Satu perkara yang aku suka dalam seinibina adalah… Banyak berjalan menyaksikan kehidupan manusia. Orang selalu tanya, ‘Apa yang susah sangat dengan Architecture. Presentation 3 minggu pun lagi, kenapa korang dah kalut2 buat kerja?’

Ok, untuk yang bertanya, sila cuba ambik Architecture atau sila cuba sekurang2nya duduk sehari di studio Architecture. Perhatikan apa yang kami lakukan. You’ll find architecture sangat unik tapi juga sangat penuh tekanan! Kamu akan bekerja sehingga kamu habis tenaga.

‘It’s a long process. Kamu kena keluar ke site, keluar untuk case study. Semuanya kena berusaha sendiri, mencari sendiri. Kena set up appoinment dengan development division dengan orang atasan which sometimes kamu tak dapat kerjasama sepenuhnya. You have to come out with design solution and synthesis yang mana sangat memakan masa dan memerlukan kerjasama teammate. You have to interview people dan sometimes kamu terpaksa menghadapi saat getir kereta rosak secara tiba2 di tengah jalan (pengalaman yang sangat kelakar dalam penat2. ;p) Dan, macam2 lah lagi.

All these things need to be done before presentation. Untuk presentation, kamu kena sediakan site model, report site analysis dan case study, SoA, dan apa2 lah yang berpatutan seperti multimedia presentation.’ Heee~, saja menakutkan… Sebenarnya, ini adalah 'group work.' Don’t dare to take architecture lah!

Semua di atas seakan menakutkan tapi, Architecture tidaklah sesusah ini kalau anda ‘enjoy’ melakukannya. Dan aku enjoy saat kereta mati di tepi jalan. =) Aku enjoy saat kena mendaki bukit dan mengharung semak samun yang berpacat. Juga enjoy saat berpanas2 di tengah site, enjoy saat meng’interview’ orang2 sekeliling site. Cuma, selalu aku dengar, ‘Bidang ni tak sesuai untuk perempuan!’ Dan, aku mengakuinya. Mungkin, ini juga bukan bidang yang sesuai untukku. Hmmm~ Jadi, I have to think of another bidang lah. =) at the very last minute, sekadar terfikir, apa sebenarnya akan aku jadi kelak?

Baiklah, I have to stop here. Mereka dah hampir panggil. ;p Cuma doakan untuk presentation pertama kami pada hari Jumaat ini, dan doakan juga perancangan kami untuk ke Thailand dan mempelajari budaya masyarakat Thailand tercapai. Siapa2 yang tolong doakan, sila angkat tangan. Kalau berjaya ke sana dengan izin Allah, aku bawa balik buah tangan untuk kamu2 ya. Sampai di sini. Janne!~ =)

***

‘Kamu tidak akan rasa kamu bekerja jika kamu ‘enjoy’ melakukannya. Yang itu namanya, HOBI! Jadikan ia hobi, maka, you will love your job sincerely. insyaAllah.=) ’

***

Case Study : Islamic Art Gallery

Jumaat, Disember 24, 2010

Syukuri Apa Adanya

Aku ingin bercerita tentang seseorang. Seseorang yang sukar aku fahami tetapi sangat dekat dengan diriku. Dia seseorang yang sering terlupa di mana letak kasutnya. Bila diletakkan di atas disangkakan di bawah, bila diletakkan di bawah, disangkakan di atas. Dia itu juga pernah terlupa bahawa di’parkir kereta di depan mahallah, disangka diparkir di depan Female Sport Complex. Akibatnya, pernah kereta di’compound’ Rm50. Tapi, one good thing was that, dia tidak lupa untuk appeal! ;p

***

Selain dia pelupa, dia juga orang yang sangat susah faham. Bila di’explain’ sekali, explanation pasti dibalas dengan kerutan di dahi. Maka, ada saja yang akan cuba berusaha memahamkan. Dan, kadang2 sampai beberapa kali diterangkan pun dia tidak faham. Dia tahu, ramai juga orang akan kata, ‘annoying’. Tapi, sungguh, dia bukan sengaja, secara betulnya, dia memang susah faham. Sabar saja lah ya kawan2~ Kalau ingin bercakap dengannya, sila mulakan dengan ‘kepala’ cerita kemudian baru ‘proceed’ pada ‘badan’ dan ‘ekor’ cerita!

***

Selain susah faham, dia juga ‘blur’ sepanjang masa. Bila orang bercerita, bila orang ketawa, dia diam. Dahi berkerut lagi dan bila dah sampai setengah jam kemudian, tiba2 dia akan ketawa. Dan, khalayak akan kata, ‘Allah… pending lagi!’ (sambil tepuk dahi)

***

Selain dia ‘pending’, Dia pernah hilang pendengarannya. Kadang2 penyakit tersebut datang sekerap sebulan sekali. Akibat bengkak di rahang sehingga telinga (bahagian dalam), pendengarannya jadi kurang jelas. Bila orang bercakap dengannya, tidak pula dibalas. Orang akan kata, ‘Kau pekak ke?’ Dan dalam hati dia akan kata, ‘Ya… sedikit pekak!’ Biar apa orang mahu kata, memang kadang dia tidak dapat mendengar. Sekurang2nya, kadang2 Allah wujudkan rasa syukur yang tinggi dalam dirinya sebaik boleh mendengar dengan jelas. Bila saat hilang pendengaran, dirasakannya, nikmatnya pancaindera! Jadi jangan ketawakan bila dia kata, ‘Cuba kuatkan suara sikit!’ dalam keadaan orang lain mendengar dengan jelas. It just a temporary deaf bila dia tidak makan dengan betul!

***

Akibat sebab2 di atas, dia rasa sangat tidak layak untuk menjadi sesiapa. Sebolehnya, dia hanya mahu berlindung di bawah payung orang lain. Dia pelupa, dia susah faham, dia selalu ‘pending’, dan kadang2 dia tidak dapat mendengar dengan baik dan dia juga sangat kalut. Kerana itu, dia minta berikan dia sebarang kerja, tapi jangan diangkat sebagai ketua… Atau akan runtuh organisasinya, mungkin juga akan rebah anak buahnya.

***

Tapi, rencana Allah itu berbeza. Sering dia dilantik menjadi ‘sesuatu’ sejak di zaman sekolahnya. Cuba lari, cuba bersembunyi. Tapi, ‘sesuatu’ itu seolah tetap mengejarnya. Tertanya2 mengapa? rupanya dia tersedar, ‘kerana satu hari kau akan jadi ‘seseorang’. Maka Allah melatihmu dari hari sekarang!’ Inilah jawapan yang dia terima daripada seorang sahabat baiknya Dan, dia terfikir, ‘Kalau begitu aku harus berlari lebih jauh lagi!’ Tapi, dia terlupa lagi bahawa takdir itu tetap mengekorinya, dapat mencarinya walau di mantel bumi dia bersembunyi!

***

Mengapa aku bercerita tentang dia? Oh ya, dia minta sampaikan pesan, dia pohon jutaan kemaafan atas sebarang salah silapnya. Dia tahu kerana masalah2 di atas, ramai yang susah kerananya. Mungkin yang tidak rapat, tidak pernah perasan hal ini, tapi, bagi sahabat2 baiknya, rasanya sudah memahami. Kadang dia bagitahu, dia tidak suka akan keadaan dirinya. Tapi, dipujuk hatinya, setiap orang punya kelemahan dan kelebihan sendiri. Setiap orang punya kapasiti berbeza. Persetankan kata orang! Kerana ini semua anugerah Tuhan…

Mungkin dia cepat lupa tapi, dia sentiasa menghargai setiap yang diingatinya, mungkin dia susah faham, tetapi, dia sentiasa sedaya upaya cuba memahami, mungkin dia kurang dengar, tapi sentiasa dia cuba menjadi pendengar yang baik (walaupun dia lebih cenderung menjadi pen’cakap’ yang baik ;p) mungkin dia ‘annoying’, tapi dia sentiasa cuba untuk bertindak secara tidak meng’anoy’kan. Tapi, if she really did it, please forgive her! Itu yang dia minta sampaikan.

***

Susah untuk memuaskan hati semua orang. Tapi, itulah kapasiti dirinya. Hanya setakat itu yang mampu dia persembahkan. Sebagai Seorang pelakon di pentas dunia yang hanya berwatak manusia biasa yang penuh kelemahan. Sebagai seorang pelakon di dunia ini yang mungkin takkan pernah menangi sebarang pingat kebesaran! Dia tetap dia yang dekat padaku, yang paling aku syukuri… Walau siapapun dia… kan tetap kusayangi…

Maafkanlah dan sentiasa tegurlah!

Wallahu’alam. Wassalam.

Allah punya rencananya. Kadang kita minta bunga, Dia bagi benih. Tapi, siapa menyangka bunga sangat cepat layu, benih menjadi hasil yang lumayan. Dia tidak memberi sesuatu yang kita inginkan, tapi Dia beri sesuatu yang kita perlukan. Benih untuk dituai, bunga sekadar hiasan~

Selasa, Disember 21, 2010

Harga Hari Ini



-Update seminit-

Apabila hari ini berlalu menjadi hari kelmarin.
Hari ini akan sentiasa menjadi sejarah hari esok
Memori bisa diputar tetapi, sampai akhirnya ia kan pudar.
Kerana rekod yang samar, satu hari kita kan katakan, 'Bila pernah ianya terjadi?'
'Pernah hidup penuh tragedi, pernah hidup penuh liku berduri!'

Tapi, tetap jua kita tempuhi dengan sabar dan redha memenuhi ruang hati

Bertawakkal padaNya agar esok membawa hari ceria.
Berserah padaNya, semoga esok engkau bahagia!
Kerana itu merekod itu penting, mencatat itu perlu.
Supaya esok mereka kata, 'inilah moyangku!'

Seorang tabah pada hayatnya, seorang yang dikenang bila perginya.

-Catatan penat di Arkib Negara, 20Disember2010-

"Masyarakat bertamadun adalah masyarakat yang menyimpan rekod"
(Encik Zaidin, Arkib Negara)


Kesimpulannya, salah satu cara menyimpan rekod adalah dengan berblog!
;p

Isnin, Disember 20, 2010

Menjadi Hiasan Terbaik



Tidak mampu menjadi sebaik2 hiasan, makanya, menulis sebagai nota ingatan. Buat semua wanita, semoga menjadi hiasan yang terbaik!insyaAllah~

Peribadi Seorang Muslimah Terhadap Tuhannya
Sentiasa berhati2 dalam setiap perkara
Beribadah hanya pada Allah
Solat lima kali sehari semalam
Mengerjakan solat berjemaah di masjid
Menghadiri solat hari raya
Mengerjakan solat nafl dan solat sunat
Melaksanakan solat dengan sempurna
Membayar zakat ke atas hartanya
Berpuasa di siang hari dan solat di malam hari
Puasa sunat
Menunaikan haji
Mengerjakan umrah
Taat perintah Allah
Menerima takdir dan ketentuan Allah
Kembali kepada Allah dengan kerap bertaubat
Matlamat utama keredhaan Allah
Memahami maksud sebagai hamba Allah
Berusaha menyokong agama Allah
Memiliki agama yang benar
Berbeza dengan wanita kafir dari segi tingkah laku

Peribadi Seorang Muslimah Terhadap Dirinya
Sederhana dalam makan minum
Selalu bersenam
Tubuh dan pakaian bersih
Menjaga kebersihan mulut dan gigi
Penampilan bagus
Tidak berlebih2an dalam semua perkara
Menjaga minda dengan ilmu
Tidak pernah berhenti membaca dan belajar
Menjaga ibadah dan mensucikan jiwa
Berkawan dengan orang soleh dan menyertai majlis agama
Selalu berdoa

Sekadar mengambil beberapa topik dan subtopik (tanpa diambil penjelasan lanjut) dalam Keperibadian Seorang Muslimah dari al-Quran dan as-Sunnah; Dr Muhammad Ali Hasyimi

***
-Punya cita2 harus dengan usaha!-
insyaAllah
-Tidak sempurna, tapi sedang mencuba!-
insyaAllah
All The Best!
***

p/s: Kehadapan Syibrah, ini adalah tips menulis dalam masa satu minit. Sekadar, adunkan 'kopi' dan 'pasta' daripada mana2 buku. Serap isi dan taip dengan cepat. Kemudian Publish! =) Selamat mencuba! ;p

Jumaat, Disember 17, 2010

Perginya Seorang Pejuang

assalamu'alaikum wbt

sahabat2 seperjuangan yg dikasihi sekalian,

setelah sekian lama bertarung dgn ujian Allah, akhi kita Mas Afzal Masarudin baru shj dijemput kembali ke rahmatullah... sesungguhnya Allah lebih menyayangi hamba2Nya yg soleh moga kita semua dapat terus berusaha & mencontohi allahyarham dlm semangat memperjuangkan agama Allah. alfatihah...

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam kumpulan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu." (Surah al Fajr 27-30)

wassalam,

maryam kameelah mohamad fauzi


***

Terkejut menerima perkhabaran tentang pemergian Akh Mas Afzal melalui email oleh seorang sahabat program DIA. Rasanya baru beberapa hari lepas aku menziarah blognya. Tidak disangka beliau telah 'pergi' pada hari ini. Innalillah~

Dan, berita pemergiannya lebih kuyakini sebaik membaca tulisan Ustaz Hasrizal di sini.

***

Menemuinya, mengenalinya memberi penuh kata semangat untuk terus berjuang. Walaupun tahu hidupnya tidak panjang, perjuangan tetap diteruskan. Dengan segala kudrat yang ada beliau gagahkan diri memenuhi jemputan mengajar dan mendidik adik2nya mengenal erti perjuangan dan dakwah. Semangatnya dikagumi, kata2nya penuh inspirasi. Tapi, beliau telah lebih dahulu dijemput Ilahi. Yang tinggal hanyalah tulisan2 yang dapat menjadi tatapan dan sumber inspirasi ramai orang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di sisi Yang Maha Esa.
amin.

***

Rabu, Disember 15, 2010

Sekali Ini Saja!



Beberapa hari lepas merupakan hari perkahwinan ibu sepupuku di Bangi. Aku bermalam di rumahnya membantu sedikit sebanyak urusan persediaan hari pernikahan. Aku berada di bilik bersama bakal pengantin juga sewaktu mak andam mula untuk menyolek ibu sepupuku. Sebaik habis disolek, ibu saudara bersiap memakai pakaian pengantin dan bersiap untuk bertudung. Aku terdengar pesan mak andam, ‘Long, ikat tinggi2 ya sanggul tu. Comel sikit!’ Aku tersentak! Aku teringat satu luahan ringkas di dalam blog kenalan studioku.

I don't know about this before until I attend UNGS class last Thursday. I was so surprised because it seems like an important thing but not all muslims know about this especially the female. I heard my lecturer said that, the Prophet S.A.W. said female with hump will don't even can smell the smell of heaven.

What is female with hump?

Based on my understanding, female with long hair will hide their hair in their tudung. Because of their hair is so long, they will do their hair like 'sanggul' in their tudung and looks like hump on their head. If the male look at the hump, they will know how long the female hair is. So, it is forbidden in terms of aurah. Please correct me if I'm wrong, but this is what I understand about this issue.

Di atas adalah tulisan yang aku tiru dan tampal daripada blog seorang kenalan lelaki studioku. Kadang2 aku terfikir apakah pandangan seorang lelaki atas perkara2 seperti ini? Dan daripada tulisan di atas ini, mungkin aku boleh simpulkan bagi yang tahu hukumnya pasti tidak suka pada ‘hump’!

***

‘Ish, tak baiklah wat sanggul tinggi2… Wat gape pakai tudung kalu gitu?’ Rungutku perlahan. Tak berani aku kuatkan sebab semua yang berada di bilikpun lebih tua berbandingku.

Teringat juga aku akan seorang teman apabila tiba hari perkahwinan katanya dia berhasrat tidak mahu bertudung. Bila ditanya mengapa dijawab, ‘Kahwin sekali je. Masa ni la nak nampak cantik…Sekali ni je pun…’ Aku terkedu. ‘Owh, makanya, takpe eh langgar hukum sekali?’ Kata2 itu hanya tersekat di fikiran. Tidak tertutur oleh bibir. Sebenarnya ada perasaan geram. Tapi, aku terdiam lagi. Pandangan sebegitu seolah2 mengatakan takpe je buat dosa sekali sekala. Haish! ‘Awak, mana boleh… hukum dari Allah tetap hukum yang kena patuh. Yang jelas haram tetap haram! Astaghfirullah…’

***

Yang cantik itu adalah yang tertutup dan terjaga rapi. Yang cantik itu adalah yang cantik di hati. Biar tidak tersentuh oleh pandangan mata lelaki kerana yang penting adalah redha Ilahi. Huh! Berat! Susah untuk aku tuliskan kata2 ini memandangkan kadang terfikir diri sendiri juga masih belum terpelihara dan terjaga sepenuhnya. Perempuan memang semuanya cintakan kecantikan. Betul kan?! Tidak terkecuali yang sedang menulis ini.

Hari ini, dalam kalangan masyarakat kita, bertudung ibarat bukan lagi tuntutan agama tapi kerana adat dan budaya, atau kerana ikutan semata. Boleh jadi juga kerana menghambakan fesyen dan gaya semasa! Kerana Ariani atau Wardina atau Mawi atau apa2lah lagi (maksudku jenama2 tudung~) Seharusnya, bertudung atau berhijab dan menutup aurat adalah atas dasar kefahaman dan keimanan sebagaimana tuntutan al Quran dan as-sunnah. Fuh! Berat2! Susah juga untuk aku tuliskan ini, sedang aku masih belum berupaya mencermin diri dan membetulkan diri dari luar dan dalamnya. Tapi, aku tetap mengharapkan teguran andai aku sendiri berpakaian berlebihan. Tolong tegur ya!

***

Oh ya, sebenarnya, niatku sekadar nak membicarakan soal ‘hump’, maka, kembali pada niat asalku. Hari ini, jika boleh dilihat, kebanyakan perempuan sangat suka menaikkan sanggul di dalam tudung. Semuapun seolah berlumba2, makin tinggi sanggul, makin cantik. Ini aku dengar sendiri daripada mak andam juga, ‘Long, sanggul eh. Lagi tinggi lagi cantik!’ Ish, aku rasa mahu menjerit. Biasalah, kadang2 pengantin sendiri tidak berani melawan mak andam, makanya, pengantin ibarat boneka yang hanya menurut kata. ‘Takpe sekali ni aje!’ Oh, aku cukup tidak suka dengan kata2 itu, ‘Sekali ini saja!’ Tapi, hakikatnya, aku sendiri sentiasa ber'sekali ini saja' juga. Oh manusia!

***

Rasulullah SAW bersabda ;

dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini. (HR Muslim)

Aku tidak mahu tulis panjang lagi. Rasanya, hadith ini cukup jelas kan?! Oleh itu, insyaAllah, sama2lah kita mencantas bonggol unta tersebut. Tutup dengan kemas dan rapi, ia ibarat rahsia kita yang paling berharga. Sebab sebenar2 kecantikan bukanlah terletak pada fizikalnya, tapi, pada rohaninya, pada hati...kan2?!. =) Jangan selalukan kalimah ‘sekali ni je’ sebab yang sekali itu boleh jadi berkali2 kelak. Tapi, berkali2kan kebaikan insyaAllah. =)

Maaf sebarang salah silap. Wallahu’alam.Wassalam.

Khamis, Disember 09, 2010

Puisi Hati2 - Doa Qalbu

video

Dimalam penuh bintang diatas sajadah yang kubentang
Sedu sedan sendiri mengadu pada Yang Maha Kuasa
Betapa naif diriku ini hidup tanpa ingat padaMu
Urat nadipun tahu aku hampa

Dimalam penuh bintang dibawah sinar bulan purnama
Kupasrahkan semua keluh dan kesah yang aku rasa
Sesak dadaku menangis pilu saat kuurai dosa-dosaku
DihadapanMu ku tiada artinya

Doa qalbu tak bisa aku bendung
Deras bak hujan digurun sahara
Hatiku yang gersang
Terasa oh tenteram

Hanya Engkau yang tahu siapa aku
Tetapkanlah seperti malam ini
Sucikan diriku
Selama-lamanya

Puisi Hati

Cutiku hanya bersisa dua hari mungkin. Pagi ini, insyaAllah akan berangkat ke bumi persinggahan Kuala Lumpur. Terasa berat pula hati. Cuti yang hampir sebulan dirasakan tidak sampai sehari. Aduhai cepatnya masa berlalu~


5 Februari 2007
Ku kenang kembali,
Keberangkatan waktu sudah,
Waktu berlalu bagai angin bayu
Yang menyapa lembut raut wajah
Angin menyapa lalu meninggalkan
Dingin wajah kesejukan
Angin membawa khabar berita
Adakah ianya khabar gembira?
Atau ianya khabar derita?
Oh angin, bawakan khabar
yang bisa membuat ku ketawa ceria~

6 Februari 2007
Di subuh yang hening
Ku terjaga dari lena
mendengar alunan azan bergema
dari kejauhan pelosok daerah
tidak ku menyangka
hari ini masih ada
untuk ku lihat alam yang indah sekali
melihat sang suria menjengah pagi
melihat titis embun mencecah bumi
syukur ke hadrat Mu ya Ilahi
Yang punya segala
Antara langit dan bumi
Syukur ke hadratMu Yang Maha Kuasa
Pemilik alam semesta
Yang meminjamkanku segalanya
Yang sifatnya sementara
Percuma!
Alhamdulillah wa syukran lillah


4 Mac 2007
Setiap saat waktu berlalu
Ku melihat ke arah jam di dinding kamarku
Masa bagaikan lambat berjalan
Namun, tanpa sedar hari terus bertukar hari
Kadang aku tunggu satu waktu
Tapi kubiarkan ia berlalu
Tanpa apa2
sering kusiakan
Tanpa apa2
sering kubiarkan
Dan masa terus pergi
Tanpa apa2~
Ku biarkan ia pergi!

***

Masa ibaratnya aku
Paling benci jadi penunggu
Masa lagaknya sombong
Terus berlalu tanpa sekalipun menanti
Masa sentiasa jadi juara
Dikejar selaju manapun
Tak pernah jua dapat kupintasi
Tak dapat juga aku menjuarai
Masa terus berlalu
Tidak menoleh lagi
Terus mara ke hadapan
tidak berpaling ke belakang
Sedang aku masih di situ
Kaget melihat masa
Melihat masa sudah
Yang jutaan kukesali~


10 Disember 2010
Ku temui 'puisi hati' tersimpan rapi di dalam kotak berbunga matahari. Aku terlupa isinya, kubuka dan kubaca. Ianya coretan bosan seorang penunggu keputusan SPM awal tahun 2007. Kebanyakannya berkaitan masa sudah. Mungkin tika itu, aku baru teringat selama dua bulan lebih aku telah siakan banyak waktu lapangku di rumah.

Hari ini, sekali lagi kurasakan begitu cepat masa berlalu. Puisi hati dulu ibarat puisi hti hari ini... Kusangkakan sebulan itu sangat lama padahal, sebulan itu ibarat seminggu atau sehari pada zaman ini.

Dan hari ini masa terus berjalan. Jangan marahkan masa kerana sifatnya yang sering menjuarai, sedang salahkan diri sendiri yang sering menjadi yang di belakang. Kesalkan diri yang tidak mampu manfaatkan masa sebaiknya. Kesali dan Ubahi! InsyaAllah. Tahun baru hijrah ini, aku juga harus berhijrah! Berhijrah menjadi lebih baik daripada hari semalam. Biar masa yang pergi menyenangkan hati kita bukan menjadi sesuatu yang disesali lagi. insyaAllah. =)

Selamat kembali ke sekolah!


4Februari 2007
Saat bercerai roh dari jasad
Saat bumi menjadi gersang
Saat matahari di ufuk barat
Saat planet di luar landasan
Saat gugusan bintang berguguran
Saat segalanya menjadi debu berterbangan
Tunggulah saat segala cerita ditayangkan
Siapa yang bakal malu?
Dengan kisahnya penuh kotoran dosa?
Segalanya ditayangkan
Yang sembunyi mahupun nyata
Ingatlah manusia
Saat bumi bergoncangan
Saat semuanya hancur
Saat semuanya berkecai
Saat hari akhir tiba
Semuanya terlambat
Untuk menyesali mahupun bertaubat!


Kupohon
Ya Allah kasihanilah!
Ya Allah ampunilah!

video