Ahad, April 26, 2009

Nasihat Imam Al-Ghazali


Salam'alaik.
Selamat pagi dunia! Hari ini aku terjaga daripada tidur. Terasa tersangat sayu. Kenapa ye? Oh, sebabnya hari ini aku dah kena bertolak balik ke UIA. Bas pukul 10.15am insya-Allah. Dan ini merupakan entri terakhirku dari rumah untuk cuti sem yang pendek kali ini. Dan juga, selepas ini mungkin hari sibuk ku bermula lagi.

Nasihat ke-19 Imam Al-Ghazali :

Wahai anakku yang tercinta, Engkau juga telah bertanya tentang tawakkal. Maka, makna tawakkal itu bahawa engkau memantapkan i'tiqadmu dengan janji2 Allah iaitu engkau mengi'tiqadkan bahawasanya segala apa yang ditakdirkan bagimu itu pasti akan sampai kepadamu, tidak boleh tidak walaupun seluruh makhluk yang ada di alam ini berusaha menghalangnya daripadamu dan sebaliknya apa2 yang telah ditakdirkan bahawa ia bukan untuk engkau, sudah pasti ia tidak akan sampai kepada engkau walaupun sekalian makhluk berusaha untuk menyampaikannya kepada engkau.

Doakan perjalanan ku pergi dan semoga aku ditakdirkan untuk selamat sampai di UIA. insyaAllah. Arigato! =)

Takluk Diri Sebelum Takluk Dunia


Salam’alaik.

Pertanyaan pertama. Siapakah yang bercita2 untuk menakluk dunia?Sila senyum.=)

Baiklah, andai ada yang senyum dan bercita2 untuk menakluk dunia, baguslah. Cita2 yang besar itu jangan ditawakan, malah jangan diperlekehkan. Lihat sahajalah Barrack Obama dari kecil lagi sudah bercita2 untuk menjadi Perdana Menteri AS, dan akhirnya mimpi dan impiannya menjadi kenyataan. Tapi, bagi sesiapa yang bercita2 untuk menakluk dunia, bercita2lah untuk menakluk dunia dengan Islam. Oh ya, sebelum itu, sudahkah kita berjaya menakluk diri kita sendiri? Dengan makna, sudah berjayakah kita menakluk dan menundukkan nafsu kita?

Hari ini aku tergerak hati ingin menulis tentang nafsu. Hampir terlupa akan persoalan sahabat berkaitan nafsu. Terima kasih atas cadangan yang dikemukakan. =) Aku tidak punya banyak ilmu untuk dikongsi, tetapi, tulisanku kali ini sekadar sebagai peringatan buat diriku sendiri.

Jam menunjukkan pukul tiga pagi, kita tersedar daripada tidur, lalu, jika kamu, kamu, dan kamu...apa yang akan kalian lakukan?

a) Sambung tidur

b) Bangun ke tandas, dan tidur semula

c) Bangun, beristighfar(kerana bermimpi sesuatu yang seram dan menakutkan) dan tidur

d) Bangun, muhasabah, bangkit, ke bilik air, ambil wuduk, dan bersiap sedia untuk bertemu Allah.

e) Lain-lain

Jawapannya, kalian jawab di hati ya. =)

Andai aku bangkit daripada tidur. Memang, tak dapat dinafikan, diri ini tersangat lemah, dan selalu sahaja melengah2kan waktu. Apa yang aku lakukan adalah sebaik sahaja terjaga aku sudah mula berjihad. Mengangkat senjata muhasabah untuk berperang dengan nafsu. Nafsu ini sangat degil. Kadang2 dialah yang memenangi peperangan dan jarang sekali aku yang menang. Astaghfirullahal’adzim.

Nafsu ini proksi syaitan. Benarkah? Nafsu ini jambatan syaitan. Benarkah? Nafsu ini sangat3 jahat. Benarkah?

Andai benar nafsu ini proksi syaitan, kita sangat memerlukan SB untuk memantau dan memerhatikannya. (Hehe! Bolehkah begini?!) Andai nafsu ini jambatan syaitan, apalagi, jangan kita biarkan jambatan ini terbina (bolehkah begini sedangkan nafsu itu secara fitrah sudah wujud dalam diri) Andai nafsu ini sangat3 jahat. Jadi, tidak bolehkah kita didik ia menjadi baik?

Aku tertarik dengan pernyataan dan persoalan seorang sahabat, ‘ Memerangi nafsu ini merupakan jihad akbar, jadi, kenapa selalu sahaja perkara ini dianggap remeh? Seolah2, memerangi nafsu ini perkara yang kecil dan sangat mudah. Padahal, pada hakikatnya, nafsu ni sangat susah untuk ditawan. Mengapa juga, di sekolah tidak wujudkan silibus Pendidikan Nafsu? Sebab, bukankah nafsu ini jahat, mengapa tidak kita didik ia untuk menjadi baik?’

Aku terbaca juga banyak artikel tentang pengurusan nafsu, dan kebanyakan artikel yang aku baca memang ada menyatakan nafsu ini sangat jahat, tetapi, kita masih boleh didik ia untuk menjadi baik. Bagaimana? Mengikut pengamal tarekat, perkara yang penting untuk menundukkan nafsu adalah dengan zikrullah. Dan, memang benarlah, melalui cara apa lagi kita boleh mendidik nafsu? Dan mengikut apa yang aku baca, ada tujuh peringkat nafsu. Dalam tujuh peringkat nafsu itu, ada peringkat nafsu kita sangat jahat dan ada peringkat nafsu kita sudahpun berjaya dididik. Maafkan aku, mungkin belum cukup ilmuku untuk menghuraikan setiap peringkat nafsu. Apa yang boleh aku katakan, ya, kitalah yang perlu berusaha mendidik nafsu.

‘Sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku’ (Yusuf 12:53)

Kenapa kita perlu melawan nafsu jika dikatakan nafsu ini boleh dididik? Jawapannya sebab nafsu adalah pencuri. Dia curi ibadat kita, dia curi kesabaran kita, dia curi amalan kita dan dia curi cinta kita pada Allah. Jadi, adakah patut kita biarkan pencuri ini tanpa diperangi mahupun dipenjarakan? Selepas diperangi, kemudian barulah kita didik. Bagaimanana caranya? Hmmm…mungkin kalian lebih tahu. Apa yang boleh aku katakan, andai malas, rajin2kanlah, andai marah, sabar2kan je la, andai benci suka2kanlah.insyaAllah, syaitan mesti benci kita bila proksi dia gagal menawan kita. Tapi, memang kita perlu dibenci syaitan untuk meraih cinta Allah. =) insya-Allah. (tapi, hati2, bila dibenci, kita adalah antara orang yang sangat diperanginya! Kuatkan iman, selalu berdoa, sentiasa bermujahadah, insyaAllah selamat)

‘Adapun orang yang takut pada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dan keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.’ (An Naziat 79 : 40-41)

Nafsu yang sedia ada perlu disalurkan pada jalan Allah. Aku sekadar ingin berkongsi hasil pembacaanku kepada sahabat2. Daripada buku Teori Kaunseling Al-Ghazali oleh Mohd Tajudin Ninggal dan Allahyarhamah Yatimah Sarmani . Nafsu orang yang beriman sentiasa terkawal dan disalurkan ke arah kebaikan untuk mendapatkan redha Allah. Bagaimana caranya? Antara contoh yang diberikan adalah :

-Nafsu pada harta- untuk keperluan diri dan keluarga agar terhindar daripada tabiat suka meminta2 dan menyusahkan orang lain. Juga digunakan untuk proses membangunkan ummat seperti mewakafkan tanah untuk sekolah, masjid, dll.

-Nafsu mendapat ilmu- bukan mencari kemegahan tetapi mencari redha Allah supaya terhindar daripada perkara yang melanggar syariat. Juga untuk menyeru kepada kebaika dan mencegah kemungkaran.

-Nafsu jantina- dipenuhi melalui ikatan perkahwinan bagi mendapat zuriat, melindungi wanita dan keluarga serta membina masyarakat mengikut tuntutan Allah.

Sebenarnya apabila aku mencari penulisan dan artikel tentang pengurusan nafsu, aku jumpa ianya sangat banyak dan huraiannya juga dalam pelbagai bentuk. Aku bukanlah orangnya yang arif tentang persoalan ini. Jadi, maafkan aku andai isinya ada yang samar2 dan ada yang tidak cukup. Mungkin boleh dicukupkan lagi dengan pandangan oleh sahabat2. Apa yang boleh aku katakan, selamat bermujahadah melawan nafsu! =) Dan tulisan ini hanyalah sekadar peringatan buat diri kita tentang sejauh mana kita telah cuba untuk menakluk dan menundukkan nafsu. Adakah sudah kita (berjaya) buang sifat baran? Adakah sudah kita (berjaya) buang sifat malas dan adakah sudah kita (berjaya) buang sifat mazmumah yang lain yang juga didorong oleh hawa nafsu. Sekadar ini sahaja. JOM JIHAD!

Wallahu’alam.

Jumaat, April 24, 2009

Kebangkitan Islam PASti Berlaku-InsyaAllah


Aku baru tersedar, mungkin ramai sudah lama sedar. Coretan ringkasku kali ini sekadar ingin menyatakan tentang pelantikan Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri Yang ke-6 telah melengkapkan teori RAHMAN. Kenapa sekarang baru aku sedar? Moga2 dengan lengkapnya teori RAHMAN ini, selepas ini, bermulalah kebangkitan baru pimpinan pembangkang. Aku membayangkan kebangkitan Islam bermula dengan pelantikan Perdana Menteri yang ke-7 daripada pihak pembangkang insya-Allah. Semoga Malaysia terus gemilang dengan kepimpinan ulama’. InsyaAllah. Amin…

p/s: Tidak meramal tetapi mendoakan moga2 benar PM ke-7 adalah daripada pihak pembangkang(PAS) ataupun daripada figura yang benar2 ingin menegakkan kebenaran dan agama yang hak. Sama2 kita doakan ya. =) insya-Allah. PRK demi PRK berlalu, bakal berlaku sekali lagi PRK. Moga ianya masih berpihak kepada pembangkang.insya-Allah.

Tiada apa yang mustahil selagi Allah menginginkan sesuatu itu terjadi. ‘Kun Fa yakun.’


Aku : Ayoh, dulu(masa PM masih Tun Mahathir, aku darjah4) saeng ore kate kalu lengkap RAHMAN, nati kiamat dunia...
Ayah: Ish, mano buleh oyap gituh... Berdo'oh la tu...Bukey kiamat dunio tuh...
Aku: Doh tu? Memey la, mase tu pikire budok jahil lagi blako.
Ayah : Kiamat UMNO tu...
Aku : Masya-Allah...Mane buleh oyap gituh...
Ayah : doh tu?
Aku : *senyap*
-Maaf, terlalu berani keluarkan dialog ini, boleh ditegur, boleh kritik, boleh berikan pendapat-
Wallahu'alam

Khamis, April 23, 2009

Hidayah potong kuku

Salam'alaik.

Tiba2 sahaja aku terasa ingin menulis. Teringat satu kisah tentang dakwah. Suatu ketika dahulu aku dan kawan2 melayu yang lain punya seorang kawan namanya Sabrina, berbangsa India. Aku lupa apa agamanya, tapi yang pasti bukan Islam. Ini merupakan kenangan di Sekolah Kebangsaan Menjalara. Dulu kami selalu sahaja nak tarik dia masuk Islam. Tahu apa yang kami lakukan? Mula2 kami ajar dia tulisan jawi. Dan, Alhamdulillah dia nampak sangat berminat. Masih aku ingat, masa tu kami ajar Sabrina di tepi longkang. Kemudian kami cakap2 la, 'bagus masuk Islam ni.' Kami cucuk2 jugak la. Dan akhirnya dia nampak sangat berminat. Mungkin juga kerana dia berkawan dengan orang melayu majoritinya. Aku juga merupakan jirannya yang selalu juga berkunjung ke rumahnya. Untuk apa? Bermain batu seremban. Itulah permainan paling popular pada zaman kami.hehe~

Misi dakwah budak darjah 5 hampir berjaya. Tapi, tiba2 timbul pergaduhan pula antara kami. Aku lupa sebab apa. Tapi, bukanlah pergaduhan besar. Cuma satu pergaduhan budak2 yang masih berada dalam dunia dongengan dan khayalan. Dan itulah punca kegagalan dakwah seorang budak berumur sebelas tahun.

Aku teringat pula kisah kakak fasilitator 'Study Circle' ku. Katanya, kita jangan melihat remeh pada suatu perkara yang remeh. Ada satu kisah, suatu hari seorang ni sedang memotong kuku di dalam komuter. Orang inilah seorang Islam yang wataknya biasa dan sangat sempoi. Tiba2, masuklah seorang bukan beragama Islam dan mengambil tempat bertentangan dengan kakak yang sedang memotong kuku tersebut. Kakak yang bukan Islam (Jesica,bukan nama sebenar) asyik memerhatikan kakak yang memotong kuku (Hidayah, bukan nama sebenar). Jesica khusyuk memerhatikan tingkahlaku Hidayah memotong kuku dengan gaya tersendiri (dengan tertib). Lalu, Jesica menghampiri Hidayah, dan bertanya 'kenapa awak potong kuku begitu? Ada sebab ke?' (Macam ni la kot gaya bahasanya)



'Owh, sebenarnya inilah cara nabi saya ajar. Setiap perkara dalam Islam ni ada tertibnya. Daripada sekecil2 perkara sehingga sebesar2 perkara. Semua ni nabi saya ada ajar.' Jesica menganggukkan kepala mendengar penerangan Hidayah tersebut.

Kemudian, tidak lama kemudian, ada khabar mengatakan bahawa Jesica telahpu memeluk Islam. Alhamdulillah. Sebab Jesica memeluk Islam hanyalah kerana tertarik dengan tertib dan setiap kehalusan dan ketelitian Islam dalam semua perkara. Hanya kerana Hidayah memotong kuku.

Apa yang ingin aku sampaikan sebenarnya? Aku terfikir2, bagaimana nak tarik seorang bukan Islam kepada Islam. Pagi tadi semasa melawat KOPU, aku terserempak dengan beberapa orang pelajar cina. Aku dimaklumkan bahawa hanya ada seorang pelajar cina pada setiap tingkatan. Tabahnya pelajar tersebut. Itu fikirku. Dan aku berfikir lagi, alangkah bagusnya andai mereka inilah antara orang2 yang menerima hidayah dan memeluk Islam. Sebab, mereka sudah hidup dalam suasana Islam dan inilah juga yang aku lihat di UIA. Hidayah itu milik Allah. Ya, tapi, apa pula usaha kita?

Aku jumpa jawapan ini: AKHLAK ISLAM. ada sesiapa dapat jelaskan dan memberi pandangan tentang akhlak? Bagaimana kita harus berakhlak?Bagaimana seharusnya cantik peribadi seorang muslim agar mampu menarik para mad'u di luar sana tidak kiralah sedia Islam ataupun belum Islam.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya. Semoga kita sentiasa dikurniakan hidayah dan sentiasa diberikan perasaan untuk memperjuangkan dan menyebarkan Islam. Insya-Allah. Amin.

Wallahu'alam.

p/s: sebarang kesilapan dalam penulisan ini sangat lah harap dimaafkan dan diri ini sangatlah terbuka untuk menerima sebarang teguran. InsyaAllah. =) Salam

MRSM ULUL ALBAB



Salam'alaik.
hari ini aku sempat menjenguk MRSM Kota Putra. Aku lihat banyak perubahan yang berlaku pada MRSM Kota Putra. Satu bentuk perubahan yang bagus bagiku. suasana Islam lebih kelihatan apabila MRSM KOPU dijadikan sebagai MRSM Ulul Albab pertama.Alhamdulillah. (Walaupun dalam banyak perkara aku menjadi pembangkang kerajaan, aku juga tidak menolak sebarang kebaikan yang mereka laksanakan.) Menjadikan MRSM Kota Putra sebagai MRSM tahfiz menyebabkan diriku sedikit terkejut. Di fikiranku tertanya, 'bolehkah? mampukah?' dan insyaAllah, semoga usaha ini berjaya.



Aku masih ingat dulu MRSM Kota Putra hanya memiliki beberapa orang ustaz dan seorang ustazah. Dan, Alhamdulillah, usaha murni ini telah menyebabkan bilangan ustaz dan ustazah bertambah. (teringat dulu, susah sungguh bila nak bertanyakan masalah wanita dengan ustaz.segan!)

Banyak perubahan yang dilakukan pada MRSM itu sendiri. Aku ingat lagi, sewaktu manifesto calon BWP dulu, salah satu janji manis calon adalah untuk mengesa pihak atasan membina laluan beratap sepanjang perjalanan ke musolla bahagian perempuan. Tapi, tak pernah terlaksana. Akhirnya, hari ini aku lihat sendiri sudah wujud laluan tersebut dengan beratap merah. Apabila ditanya, Miss Yani kata dibina semata2 untuk kebaikan adik2 Tingkatan 1, program ulul albab yang baru masuk. Aduhai, kalaulah aku boleh kembali ke tingkatan 1, mesti aku pilih untuk berada di MRSM Ulul Albab ini.

Cemburu aku apabila pelajar tingkatan 1 diberi sepenuh perhatian oleh tenaga pengajar KOPU. Mereka turut dibekalkan susu, kurma, madu dan kismis sebagai makanan tambahan pada setiap pagi (semua pelajar juga dapat). Sangat diberi layanan yang baik. Oleh kerana kelas hafazan dan tasmi' ditambah ke dalam jadual, waktu persekolahan juga dipanjangkan sehingga pukul 3.20 tak silap. Tapi, itu sudah cukup baik bagiku, apa lagi yang tidak cukup? Aku sampai sekarang pun masih merangkak2 nak menghafal juz amma. Beruntungnya generasi baru Kota Putra!



Teruskan berusaha wahai adik2 Kota Putra. Semoga kalian dapat menghafaz dengan baik dan semoga dapat mengekalkan hafazan tersebut sehingga ke akhir hayat.insyaAllah.Tahniah juga kerana berjaya menjadi penyambung generasi MRSM Kota Putra. =)



p/s: berakhlak dengan Al Quran juga ya.insya-Allah.

sumber gambar: http://ululalbabkoputra.blogspot.com

Selasa, April 21, 2009

Hati2 Jaga Hati


Salam ‘alaik.

Hari ini entah mengapa diri ini terasa tersangat ada sesuatu yang tidak kena. Tiba2 hati tidak tenteram. Aku memikirkan apa yang telah aku lakukan sepanjang beberapa hari cuti ini. Rutinku sama sahaja setiap hari. Aku takut makin lama berada di rumah, diriku semakin kosong. Nasib baik lah aku dipanggil untuk menyertai kem kepimpinan pelajar di Perak , jadi, 27April dah kena balik UIA . Bukanlah aku yang menjadi pesertanya, tapi, menjadi salah seorang fasilitator. insyaAllah.

Aku terbayang sesuatu. Aku terpandang replika pedang di ruang tamu rumahku. Lalu, terbayang perkara2 yang sangat mengarut. Tahu apa yang ingin aku lakukan? Ingin saja aku capai replika pedang tersebut dan hunuskan di dadaku. Tujuannya ingin keluarkan dan bunuh hatiku yang tak keruan ini. Masya-Allah. Jahatnya fikiranku. Tapi, bukanlah apa, terbayang di mataku, setelah kubunuh hati yang hampir berkarat ni (baik bunuh daripada terseksa dan terus berkarat), aku mengharapkan Allah menggantikannya dengan hati yang baru. Yang masih cantik dan sihat.

Timbul persoalan. Bolehkah aku fikirkan perkara yang karut marut ni? Buang masa sahaja. Lalu kucapai Al Quran, difikiranku, ada baiknya aku bersihkan jiwa ku ini dengan ayat2 suci Al Quran. Buang masa sahaja berangan sesuatu yang mengarut tanpa mengambil sebarang tindakan yang wajar. Lalu aku mulakan pembacaan. Aku berazam untuk menghabiskan surah Al-‘Araf berserta maknanya.

Aku teliti makna ayat dalam surah Al-‘Araf.(alangkah seronoknya jika ada yang dapat menjelaskan sebab turunnya ayat ini) Dan aku berhenti pada ayat 200 dan 201 yang bermaksud :

‘Dan, jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

Sesungguhnya orang2 yang bertakwa apabila mereka dibayangi fikiran jahat (berbuat dosa) daripada syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka, ketika itu juga mereka melihat (kesalahan2nya)’

Ya Allah, betul2 kurasakan ayat ini mengena padaku. Aku berdoa, semoga aku tergolong dalam golongan orang yang bertakwa, yang apabila hampir terlalai dan dibayangi fikiran jahat, segera ditarik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Moga2 kita semua miliki sifat begini.insya-Allah. Amin. (kita berusaha ya. =))

Lalu, aku meneruskan pembacaan, betullah kata Kak Imah, apabila kita dalam kesusahan, Allah akan datangkan pertolongan dalam pelbagai cara. Dan melalui ayatNya juga sudah mampu menyedarkan kita akan banyak perkara. Benarlah Al-Quran itu kitab yang nyata kebenaran dan keagungannya. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

MUHASABAH

Siapakah yang boleh jamin, pagi tadi, petang tadi, malam ini, hari esok, lusa, tulat, dan masa2 akan datang tahap imannya tetap sama, tidak berubah. Andai tinggi tahap imannya hari ini, ia tetap tinggi sehingga hari esok dan hari mendatang? Adakah yang boleh jamin begini?

Ya Allah, sungguh, aku tidak dapat menetapkan setinggi2 iman dihati. Ia sentiasa berubah kerana tersangat lemahnya diri ini. Kadang2 tidak tertahan dek godaan syaitan, kadang2 nafsu lebih banyak menguasai diri, kadang2 mata terpandang keindahan duniawi. Ya Allah, berilah aku peluang untuk mengubah kelemahan diri.

Ya Allah, berilah kami peluang untuk berusaha memasakkan iman di hati kami. Teguh, tidak goyah sehingga ke akhir hayat kami. Ya Allah, kami mahu mati dengan namaMu di bibir kami, di hati kami juga di fikiran kami. Hanya kepadamu kami berserah dan memohon pertolongan. Amin.

Sampai sini sahaja, yang baik datangnya daripada Allah SWT begitu juga yang tidak baik, tapi, yang tidak baik itu disandarkan pada kelemahan diriku sendiri. Sebarang salah silap pada pemikiranku dan penulisanku yang dhaif ini, harap ada yang sudi membetulkan.

Wallahu’alam.

‘Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang2 yang lengah’ (Al-A’raf:205)

Isnin, April 20, 2009

Yang Dirindui, Yang Menghiburkan Hati

Salam'alaik. Hari ini aku taknak menulis. Aku sedikit kebosanan berada di rumah. Aktiviti dan rutin seharian sama saja. Jadi, tadi aku membelek2 'folder' dalam komputer dirumah yang sudah lama tidak dibuka. Dan aku terjumpa gambar2 ini. Saja ingin merehatkan mata pengunjung dengan melihat gambar2 ni. Maaf ya, nanti malam karang aku taipkan sesuatu pengisian untuk rumahku ini ya. Insya-Allah. Masih dalam proses pembacaan. =)




















Gambar2 di atas adalah gambar sepupu2ku yang sangat dirindui

Ok.Till now! salam.